R.E Biz

5 Tip Video Live Facebook Untuk Bisnes Anda

Sekarang ni trend bisnes menggunakan video live. Kita mahu atau tidak mahu teknik video live telah menjadi trend masa kini.

Pemasaran video tidak dapat dinafikan keberkesanannya untuk meningkatkan jualan produk dan servis anda. Tambahan lagi di Facebook mempunyai Video Live Broadcasting sebagai medium meningkatkan engagement.

Jika anda tak percaya anda boleh buat pemasaran produk anda terus menggunakan video live Facebook dan lihat jualan anda.

Tapi sebelum tu anda perlu ketahui 5 tip video live Facebook untuk membantu bisnes anda.

Tip ini saya rumuskan dari Social Media Examiner yang mempunyai kepakaran dalam apa jua social media yang ada kini.


5 Tip Video Live Facebook Untuk Bisnes Anda


1) Beri Peringatan Awal Sebelum Bersiaran


Facebook Live membenarkan anda mensasarkan target audience sekiranya anda merupakan admin Fanpage, Group dan Event. Jika anda belum miliki Fanpage dan Group anda boleh sediakan sekarang !

Anda beritahu mereka bahawa pada tarikh dan jam tertentu anda akan buat Video Live berkenaan sesuatu tajuk.


2) Buat Persediaan dan Praktis


Sebelum anda buat video live anda perlu pastikan semua keadaan audio, video dalam keadaan jelas.

Connection juga perlu dalam keadaan lancar supaya apabila anda live kelak tiada masalah connection lost.

Lokasi untuk anda buat live video perlu ditentukan terlebih dahulu. Lokasi yang sesuai hendaklah tempat yang kurang orang agar tidak terlalu bising untuk anda live kelak.

Rekomendasi masa yang dicadangkan oleh Facebook adalah sekurang-kurangnya 10 minit, namun anda boleh video live Facebook selama 90 minit.

Anda boleh praktis terlebih dahulu video live. Tetapi dengan syarat anda perlu setting Facebook’s Who Should See This? kepada (setting privasi) Only Me.


3) Jadi Diri Anda Sendiri



Dato Syukri iaitu pemilik D'Herb sering menggunakan Facebook Video Live untuk mempromosi produk beliau.

Apa pun aktiviti beliau, ia akan dikaitkan dengan produk beliau.

Saya sendiri terbeli produk beliau setelah beliau membuat video live setelah beliau berkongsi cara menjaga rambut. Sangat sempoi video live beliau. Dengan hanya memakai kain pelikat dan t-shirt beliau menunjukkan demo bagaimana mencampurkan herba tertentu untuk penjagaan rambut sambil berceloteh gaya tersendiri.

Beribu-ribu video yang menonton video beliau secara live.

Kadang-kadang beliau menawarkan kontes untuk penonton video live beliau yang bertuah.

Bagi pendapat saya Dato Syukri adalah contoh terbaik untuk step ni iaitu menjadi diri anda sendiri ketika anda membuat video live.

Jangan lupa untuk anda meminta penonton video anda memberi komen dan like seberapa banyak yang boleh agar video live anda lebih kebabooooo..



4) Optimize Rakaman Video Live Anda


Setelah anda buat video live, video anda akan di simpan dan terus di post di Fanpage, Profil ataupun Group anda.

Anda boleh terus share dan beri komen anda untuk meminta follower anda share video live anda.

Anda juga boleh menukar thumb nail video anda agar lebih menarik lebih ramai orang menonton rakaman video live anda seperti mana YouTube.

Anda juga boleh menambah dan menukar lokasi dan tarikh, menulis video description dengan lebih panjang dan memilih kategori video anda.

Gunakan apa sahaja cara untuk mengiptimumkan penonton rakaman video live anda kelak di Facebook.




5) Analysis Video Live



Facebook mempunyai dua metrik untuk video live. Melalui metrik ini anda boleh melihat berapa ramai penonton video anda mengikut masa tertentu. 

Anda boleh buat kajian setakat minit keberapa penonton minat untuk melihat video anda dan cuba memperbetulkan untuk siri video yang seterusnya.

Sekian dahulu perkongsian tentang tip video live Facebook untuk pemasaran bisnes anda.

Tetapi sekirannya anda ingin belajar banyak lagi tip tentang Video Live Facebook, anda boleh dapatkan sebagai BONUS dari produk Niaga FB - DI SINI sekarang !





Sebelum saya mengakhiri perkongsian post saya pada hari ini, saya ingin berkongsi satu video yang saya dapat di YouTube tentang Tutorial Facebook Live Streaming dari Think Media.

Menarik penerangan yang disampaikan oleh Mr Sean ini.

Sila klik butang PLAY untuk terus menonton dan belajar 8 Tip Facebook Live !






Post a Comment

Powered by Blogger.

© R.E Biz