R.E Biz

10 Tip Meningkatkan Komisen Affiliate di Facebook



Salam hormat rakan peniaga online di Facebook sekalian. Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana ada sebilangan peniaga online yang mampu buat jualan 6 angka dalam masa singkat melalui Facebook.

Kadang-kadang terlintas juga di minda anda, "Macam manalah dorang buat yer ?"

Pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 10 tip meningkatkan komisen affiliate anda menggunakan Facebook.

Tapi sebelum tu, boleh tak anda "ADD" saya di Facebook dulu.

Facebook saya KAT SINI !  Manalah tahu ada ilmu bermanfaat saya kongsikan di sana nanti.

Oklah...tanpa membuang masa anda, berikut adalah tip tersebut.

10 Tip Meningkatkan Komisen Affiliate di Facebook


  1. Jangan Terus Letak Link Affiliate Anda

    Harus saya tekankan di sini, Facebook adalah laman sosial media. Kita hanya perlu bersosial. Bukan semua pengguna Facebook suka dengan iklan bisnes, produk. Kebanyakannya tak suka kalau kita kerap iklan di Facebook semata-mata.

    Walaupun kita hanya iklan link affiliate Group, notification yang diterima oleh rakan kita akan dilihat di newsfeed mereka.

    Andai kita terlalu kerap buat iklan, kemungkinan 'Unfriend' berlaku nanti.



  2. Fokus Kepada Membina Kredibiliti Diri

    Sentiasa kongsikan maklumat yang membina. Sebagai contoh seperti tip, cara, kaedah tertentu mengikut kepakaran dan minat anda.

    Post maklumat asli dan terbaik yang lahir dari fikiran anda sendiri di wall anda.

    Ada satu panduan dari Niaga FB yang mencadangkan Ebook Rahsia Pemasaran Facebook 2017 yang baru dilancarkan.

    Dalam ebook tersebut telah diterangkan cara PANTAS dan MUDAH untuk meningkatkan kredibiliti anda di Facebook.

  3. Kongsikan Link Ke Squeeze Page Anda Sebelum Ke Link Affiliate Anda

    Kebanyakan newbie terutamanya dan kadang-kadang mereka yang dah lama dalam bisnes online pun buat perkara seperti ini. Terus letak link affiliate di Facebook.

    Banyak rekomen dari pakar FB yang saya belajar mengesyorkan agar kita letak link yang membawa ke squeeze page kita sebelum kita promot link affiliate.

    Jadikan trafik yang datang ke website kita terlebih dahulu sebelum prospek membeli produk dari link affiliate kita.

  4. Beri Respon Pantas Setiap Liker di Fanpage anda

    Yang ni memang jarang usahawan Facebook nak buat. Saya sendiri pun kadang-kadang buat seperti ini.

    Memang potensi kepercayaan pelanggan akan terkesan jika kita lambat respon komen dan mesej mereka.

    Jika ingin meningkatkan komisen affiliate anda di Facebook, berusahalah untuk beri respon sepantas mungkin agar mereka tidak ternanti-nanti respon anda.

  5. Istiqamah Berkongsi Info di Fanpage Anda

    Berkongsi info berkaitan niche Fanpage anda secara istiqamah. Lakukan secara rutin dan rancang apakah ilmu yang sesuai untuk anda post kepada follower Fanpage anda.

    Sesungguhnya informasi yang memberi manfaat dan faedah kepada mereka adalah yang paling efektif untuk anda kongsikan.

  6. Pantau Aktiviti Level Fanpage Anda

    Kelebihan anda memiliki Fanpage bisnes anda sendiri adalah anda boleh pantau secara detail apakah aktiviti level anda di Facebook.

    Anda boleh lihat profile peminat Fanpage anda, dari mana mereka datang, adakah mereka benar-benar berminat dengan produk anda dan sebagainya.

    Kalau anda nak belajar cara berniaga di Facebook, saya suka syorkan Tuan Firdaus Azizi di blog personal beliau sendiri di www.firdausazizi.my

    Di sana anda boleh belajar banyak tip tentang pemasaran Facebook.

  7. Post Gambar Anda Beserta Kata-Kata Positif Dari Diri Anda

    Kreativiti menggabungkan setiap aktiviti harian anda dengan pemasaran bisnes anda adalah sangat efektif untuk meningkatkan komisen affiliate di Facebook.

    Sebagai contoh anda boleh post gambar anda ketika bercuti dengan pemandangan latar belakang yang sesuai dan tulis pada gambar tersebut kata-kata positif yang lahir dari diri anda sendiri.

    Anda juga boleh 'quote' kata-kata motivasi dari pakar-pakar motivasi yang disegani dan sebagainya.

    Kemudian anda masukkan sekali nama website anda seperti squeeze page atau landing page anda.



  8. Menghantar Mesej Kepada Email Subscriber Anda Melalui Custom Audience Ads

    Fungsi rahsia yang bukan lagi rahsia, apabila anda boleh menghantar mesej kepada email subscriber anda melalui custom audience ads.

    Kalau anda nak belajar step bagaimana cara untuk membuat website custom audience bagi memudahkan prospek pelanggan subscribe email mereka anda boleh rujuk tutorial cara buat ‘Website Custom Audiences’ bersama Sifu Jamal - DI SINI !

  9. Anda Bina Squeeze Page Anda Melalui Facebook Custom Tab

    Facebook memeboleh anda membina Squeeze Page anda sendiri melalui Custom Tab. Di antara servis terbaik untuk anda cuba, saya boleh syorkan Woobox untuk lebih banyak pilihan dan profesional.

    Di Malaysia pun ada juga website yang menawarkan servis ini.

  10. Dapatkan Rahsia Jana Komisen Affiliate di Facebook Kaedah TERKINI - DI SINI !

    Inilah jalan penyelesaian anda untuk berniaga di Facebook dengan cara yang betul dan terkini. Bukan itu sahaja anda berpeluang menjana pendapatan di Facebook secara Aktif dan Pasif. Ini akan mengejutkan anda kelak !

    Sila rujuk post saya yang lepas tentang Tip ke 10 ini di sini !

Post a Comment

Powered by Blogger.

© R.E Biz