R.E Biz

Terbakar Duit Modal Promosi Guna FB Ads...Ini Ubat nya !



Ramai usahawan di Facebook suka promosi menggunakan kaedah percuma. Antara kaedah pemasaran percuma di Facebook yang sering dipraktikkan oleh ramai usahawan adalah membuat iklan di Profile dan juga Group.

Tak kurang juga mereka yang ingin melonjakkan sale menggunakan FB Ads. Saya tidak nafikan keberkesanan melakukan promosi berbayar melalui FB Ads. Ramai juga yang berjaya mengeluarkan modal ciput tetapi menghasilkan sale 3 ~ 10 kali ganda dari modal untuk pengiklanan.

Saya juga mendengar banyak juga kisah usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan online telah 'terbakar' duit modal promosi menggunakan FB Ads.

Anda yang mungkin baru nak cuba-cuba FB Ads saya sarankan anda belajar dulu selok belok dan teknik yang betul dengan pakar sebelum anda keluarkan modal untuk FB Ads.

Jika anda seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan online tetapi susah menghasilkan jualan berganda, sila baca apa yang cuba saya sarankan.


Nak Tahu Cara Percuma & Berkesan Promosi Iklan Di Facebook ?

Apa yang saya sarankan ini hanyalah pilihan untuk anda. Anda boleh cari idea lain di Google dan cuba compile dan buat satu rujukan untuk anda sendiri.

Antara cara percuma dan berkesan promosi di Facebook yang boleh saya sarankan...


  1. Facebook Live

    Video adalah satu cara paling berkesan bermula tahun 2017. Pemasaran video seperti FB Live semakin disukai ramai pengguna Facebook. Memperolehi informasi terkini dan sensasi sentiasa menarik perhatian penonton video live.

    Sebagai usahawan kita perlu mengambil peluang yang diwujudkan secara percuma buat masa ini di Facebook untuk mempromosi produk.

    Hanya menggunakan medium smart phone anda boleh membuat video live dan mula kongsikan maklumat produk anda.

    Cara paling pantas membina kredibiliti sebagai usahawan menggunakan kaedah ini. Anda mudah dikenali ramai. Tetapi jangan salah gunakan TANPA cara yang betul kerana cara ini juga boleh menjatuhkan kredibiliti anda dengan pantas.

  2. Update Status

    Cara ini agak basic dan anda sendiri pun tahu tetapi kadang-kadang ada juga yang masih tidak berani untuk berkongsi idea menggunakan cara ini.

    Satu cara mudah untuk membina kredibiliti diri anda secara pantas adalah dengan membuat status update yang banyak berkongsi maklumat.

    Mungkin anda boleh berkongsi maklumat tentang tip-tip tertentu, motivasi, agama, resepi masakan, teknik tertentu dan sebagainya. Ia bergantung kepada ilmu dan pengalaman yang anda miliki.

    Ramai pakar menyarankan agar anda melakukan ayat jualan "soft selling" daripada "hard selling". Paling baik untuk melakukan jualan setelah anda berkongsi maklumat sebanyak 4 kali. Ini bermaksud setiap 4 kali anda berkongsi maklumat, 1 kali anda membuat ayat jualan.

    Jika anda ingin belajar cara Update Status yang betul mengikut step yang terbaik anda boleh lihat website nie www.niagafb.com. Ada pakej menarik yang ditawarkan sekarang !

  3. Gambar Timeline

    Kebiasaanya setelah rakan dan kenalan Facebook anda membaca di newsfeed anda yang bermanfaat dan banyak informasi menarik, mereka anda klik link profile dan melihat gambar dan update status anda yang lain.

    Mereka ingin mengenali siapakah anda sebenarnya. Ketika inilah gambar timeline menjadi satu cara untuk anda lebih dikenali.

    Anda letakkan gambar timeline tentang diri anda dan apakah bisnes yang anda lakukan. Buat pengetahuan anda Facebook tidak gemar jika anda meletakkan gambar timeline yang nampak menyerlah untuk iklan produk anda. Mereka akan beri peringatan jika anda tidak mematuhinya.

    Anda boleh lihat contoh gambar timeline syarikat besar seperti UpinIpin, KFC, POS Malaysia dan sebagainya. Anda ambil idea dari gambar timeline mereka dan cuba ubah suai mengikut niche bisnes anda.

    Jika anda menghadapi masalah untuk design gambar timeline anda, ada satu tawaran Pakej Software menarik dan saya sendiri menggunakannya untuk semua kerja design saya. Kalau anda berkenan dengan software ni nanti anda boleh lihat di Software Grafik.

  4. Facebook Group

    Cara ini sangat popular dan ramai usahawan yang suka termasuk diri saya. Tetapi yang kurang bagusnya, kebanyakan usahawan mempromosi secara hard selling.

    Saya sarankan kepada anda, anda cipta Group anda sendiri. Mungkin anda boleh namakan group anda dengan nama produk anda ataupun nama anda sendiri.

    Kelebihan memiliki Facebook Group sendiri nanti ialah setiap status update anda nanti akan tertera di icon notification setiap member yang menyertai group anda.

    Cuba elakkan anda menambah tanpa rela friend ke dalam group anda. Ini akan mengundang kemarahan daripada mereka kelak. Potensi untuk anda kena unfriend juga tinggi.

    Cara paling terhormat adalah anda tawarkan hadiah percuma seperti ebook, audio, video training dan sebagainya melalui Facebook profile anda. Anda gunakan contoh CTA- Call To Action, "...jika sesiapa yang berminat sila komen " NAK" untuk saya PM caranya"

    Mereka yang memberi komen balas menunjukkan mereka berminat. Anda terus PM mereka dan invite ke dalam Group anda untuk mereka terus download.

    Ada dapat tak sedikit idea di situ ?

  5. Facebook Note

    Cara ni jarang usahawan ingin menggunakannya. Disebabkan sekarang Google sedang baik hati untuk index Facebook Note di enjin cariaan mereka, cara ni juga adalah salah satu saranan saya untuk anda juga turut mencubanya.

    Anda perlu rajin kongsikan maklumat tentang produk niche anda. Kebiasannya penerangan tentang penyelesaian masalah  pelanggan menjadi daya tarikan.

    Anda terangkan apakah manfaat yang mereka dapat dari produk anda dan anda jangan lupa untuk masukkan testimoni pengguna produk anda.

    Setelah anda menulis Notes, kemudian anda kongsikan di profile dan group khas anda.

    Jika mereka rasa penulisan anda berkesan, mereka dengan rela hati akan klik like dan share Note anda di profile mereka.

    Alternatif lain yang anda boleh tulis dalam Note adalah dengan menggunakan kaedah Story Telling. Anda buat satu kisah seseorang yang bersangkut paut dengan produk anda. Sentuh emosi pembaca melalui penceritaan anda dan akhiri dengan produk cadangan anda.

    Melalui kaedah ini anda tidak nampak seperti menjual walhal anda sebenarnya sedang melakukan penjualan.

Itulah beberapa idea ataupun cara percuma di Facebook yang boleh saya sarankan sebelum anda terbakar duit modal menggunakan FB Ads. 

Walaupun sebenarnya ada banyak lagi cara percuma di Facebook, tambahan lagi pada tahun 2017 ni, lebih banyak teknik rahsia yang banyak usahawan profesional gunakan untuk melonjakkan jualan mereka.


Nak Tahu Bagaimana Menjual Dengan Mudah di Facebook Bagi Tahun 2017 Dan Yang Paling Best Anda Tidak Perlu Belanja Satu Sen Pun Dalam Pengiklanan (FB Ads)!


Produk Rekomen
Satu pakej terbaik untuk anda yang ingin menjual dengan mudah di Facebook TANPA perlu belanja satu sen pun dalam FB Ads. Maknanya anda hanya gunakan kaedah percuma sahaja.

Buat masa ni admin produk sedang beri diskaun sebanyak 60% (RM20) daripada RM50.

Saya telah pun mendapatkannya dan sedang praktikkan di Facebook.

Jika anda beli sekarang, harganya cuma RM30 sahaja !

Kalau anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh dapatkan dengan cara klik gambar di bawah ini sekarang ! Keterangan lanjut ada diterangkan sekali dari link tu. 

Sekian. Insyaallah sampai jumpa lagi di lain post.



Post a Comment

Powered by Blogger.

© R.E Biz