R.E Biz

Rahsia Pemasaran Facebook Yang Ada Pada Produk 'Niaga FB' Kini Bongkarkan !

Salam hormat dan terima kasih sudi singgah di blog saya ni.

Alhamdulillah sekali lagi saya diberi kesempatan untuk berkongsi kepada anda satu peluang yang mungkin jarang anda jumpa di internet.

Peluang ini sangat unik bagi saya. Bukan sahaja masalah cara berniaga di Facebook yang bakal dibongkarkan. malah anda boleh menjana pendapatan aktif & pasif melaluinya.



Cara Berniaga Di Facebook


Majoriti peniaga baru mempunyai masalah untuk melakukan pemasaran di Facebook. 

Mungkin anda telah tahu bagaimana melakukan pemasaran melalui blog, forum, instagram dan sebagainya, tetapi apabila di Facebook kebanyakan usahawan melakukan promosi dengan cara yang salah.

5 Kesalahan Yang Sering Peniaga Lakukan di Facebook


Terlebih dahulu izinkan saya berkongsi kepada anda 5 kesalahan yang biasa peniaga lakukan di Facebook. Mungkin anda sendiri boleh terus betulkan dari melakukan kesalahan yang sama selepas ini.



  1. Terlalu Menjual

    Inilah kesalahan yang biasa para peniaga lakukan di Facebook.

    Selalu saya ingatkan diri saya agar faham bahawa Facebook adalah laman sosial. Di situ terdapat pelbagai latar belakang manusia.

    Bukanlah kita tak boleh menjual langsung. Tetapi ada cara yang sesuai untuk menjual di Facebook.
  2. Gambar Tidak Menarik

    Kebanyakan peniaga mengambil gambar dari Google dan terus letak  di status. Tulis ayat lebih kurang dan post.

    Masalah yang ketara di sini adalah gambarnya pecah-pecah dan saiz yang digunakan tidak sesuai dengan Facebook.

    Gambar yang menarik boleh memberi impak kepada jualan produk anda. Tetapi kita perlu belajar bagaimana caranya.
  3. Jual Kepada Orang Yang Salah

    Inilah kesalahan kebanyakan peniaga Facebook. Mereka menjual kepada orang salah.

    Harus diingat, di Facebook terdapat adik beradik, saudara-mara, rakan sekolah dan rakan sekerja. Tak semua suka dengan bisnes.

    Tetapi kalau kita terus menjual kepada orang yang salah, mereka yang rapat dengan kita akan rasa tak selesa.

    Jalan terbaik adalah anda buat satu akaun baru dan anda "add" rakan yang memang suka dengan bisnes. Pasti ada caranya dan ia akan dibongkarkan kelak.
  4. Friendlist Terlalu Sedikit

    Jika anda mahu menjual secara online di Facebook, anda perlu anda sekurang-kurang 1,000-2,000 orang friend sebelum menjual. Kalau tidak, anda akan membuang masa anda membuat promosi di Facebook.

    Produk 'Niaga FB' akan bongkarkan cara targetted memilih friend yang suka bisnes mengikut niche anda, dan latar belakang pilihan anda.

    Insyaallah anda akan tahu kelak nanti.
  5. Orang Tidak Kenal

    Pasti anda pernah nampak profile gambar haiwan, logo, produk dan apa jua selain dari muka mereka sendiri.

    Bagaimana kita nak berniaga kalau masih menggunakan gambar kucing sebagai profile sebagai contoh.

    Kita harus ingat....manusia hanya berhubung sesama manusia sahaja.

    Seelok-eloknya gunalah gambar anda sendiri jika anda serius ingin berniaga di Facebook.


Itulah 5 kesalahan yang sering peniaga lakukan di Facebook.


Kelebihan Produk Niaga FB



Di antara kelebihan unik yang ditawarkan dalam produk Niaga FB adalah...


  • Ilmu Berniaga di Facebook Secara Profesional

    Saya telah tekankan 5 kesalahan yang sering peniaga FB lakukan sebelum ni dan sekiranya anda berjaya memiliki produk Niaga FB ni, anda akan didedahkan pelbagai cara terbaru bagi tahun 2017 di Facebook.

    Inilah kekuatan unik yang saya juga tak sangka, walaupun dah lama berniaga di Facebook rupanya ada lagi pelbagai cara yang di luar kotak fikiran.

    Ilmu yang bakal anda miliki kelak umpama satu pembongkaran rahsia pemasaran Facebook yang telah di 'HACK' dan ia didedahkan khas kepada anda.

    Inilah masanya anda melakukan perubahan 360 darjah kepada cara pemasaran anda di Facebook TANPA menggunakan FB Ads.

    Berhenti dari membakar duit anda mulai sekarang !

  • Peluang Jana Pendapatan AKTIF & PASIF

    Cukup menarik bagi anda yang ingin menambah pendapatan sampingan di internet.

    Anda diajar cara mempromosi di Facebook, kemudian disediakan satu platform buat duit di internet. Anda boleh buat pendapatan aktif mahupun pasif setiap bulan.

    Sebab tu saya katakan sebenarnya produk Niaga FB cukup menarik bagi mereka yang ingin belajar cara profesional membuat pemasaran di FB dan dalam masa yang sama anda boleh menjana pendapatan.

    Menarik bukan !

Kekuatan Produk Ebook Niaga FB Yang Anda Harus Tahu


Sekarang biarkan saya terangkan serba sedikit kekuatan sebenar yang diajar dalam produk Ebook Niaga FB. Takkan anda nak keluar duit dari poket tak tentu pasal selagi belum tahu apa kekuatannya kan !


Ebook #1 - Rahsia Pemasaran Facebook - Branding & Marketing TANPA Kos


Kuasa sebenar dalam pemasaran adalah Branding. Kekuatan meningkatkan jenama bisnes anda sendiri bakal didedahkan di dalam ebook ini.

Contoh paling popular yang kita selalu dengar di kaca TV & Radio iaitu produk D'Herb dengan motonya "Terlajak Laris". Pelanggan kenal dengan personaliti pengasas produk dan motonya yang unik.

Objektif ebook ini akan meningkatkan Branding produk anda walaupun TANPA kos.

Di dalam ebook ini, anda akan pelajari :

  • Bagaimana buat orang teruja untuk kenal dengan anda!
  • 5 perkara yang anda WAJIB buat sebelum mula penjenamaan di Facebook.
  • Bagaimana mahu menaikkan engagement di status Facebook anda.



Ebook #2 - Rahsia Mencari & Add Friend Yang Targeted Di Akaun FB Anda



Rahsia bagaimana mencari dan add friend yang targeted bakal di bongkarkan dalam ebook ini.

Di dalam ebook ini, anda akan pelajari :

  • Bagaimana cari friend yang targeted melalui fungsi search.
  • Mencari prospek berdasarkan lokasi, minat, pekerjaan dan lain-lain.
  • Tip add mereka dalam list tertentu (sesuai untuk mereka yang menjual pelbagai jenis barang berlainan)


Ebook #3 - 9 Teknik Guna Facebook Secara PRO



Semua orang adalah pengguna Facebook tetapi bukan semua orang adalah pengguna yang 'profesional'. Jika anda ingin berniaga dalam Facebook, anda perlu menjadi seorang pengguna Facebook yang 'Pro' agak anda dapat bersaing dengan orang lain.

Di dalam ebook ini, anda akan pelajari:

  • Elak PM daripada 'seen' oleh prospek
  • Mencari prospek yang sedang 'sekodeng' anda
  • Upload gambar dan video ber'HD'
  • Download video cara mudah
  • Cari dan Upload gambar animasi GIF
  • Convert Facebook profile menjadi Facebook page
  • Formula menggabungkan (merge) 2 Facebook pages menjadi satu
  • dan banyak lagi...



3 Kelebihan Jika Anda Mendapatkan Pakej Ebook Niaga FB (2017)


  1. Cara TERPANTAS Untuk Anda Jadi Lain Dari Yang Lain (UNIK)

    Pakej Ebook Niaga FB akan bantu anda untuk meningkatkan kredibiliti dan personal branding di Facebook. Dengan cara ini, anda akan dilihat sebagai orang yang unik dan mudah untuk didekati. Jangan abaikan bahagian ini. Kerana, pelanggan membeli selepas mereka percaya dengan anda.

  2. Status Facebook Yang Dapat Meningkatkan Engagement

    Gunakan sekurang-kurangnya 6-9 jenis posting yang berbeza dan dapat meningkatkan engagement (Like, Share, Comment) dari masa ke semasa. Engagement ini penting! Kerana, pihak Facebook akan menilai adakah posting itu sangat-sangat bernilai di mata pengguna Facebook yang lain ataupun sekadar sampah.

    Jika mahu pelanggan kita melihat posting status kita setiap hari, naikkan engagement di Facebook!

  3. Trick Yang Membantu Meningkatkan Jualan Anda

    Percaya atau tidak, kesemua fungsi Facebook yang bakal Pakej Ebook Niaga FB ini kongsikan kepada anda sangat membantu dalam menambah prospek yang berkualiti. Kualiti di sini bermaksud bakal pelanggan yang sanggup membeli produk anda dalam niche pasaran yang anda jual.

    Jangan add sebarangan orang. Mereka tidak akan membeli. Sebaliknya, add mereka yang betul-betul mahu membeli produk/servis anda sahaja.

Kesimpulan


Apa jua yang kita lakukan mesti ada ilmu. Terdapat pelbagai ilmu berkaitan pemasaran Facebook yang ditawarkan di luar sana. Walau bagaimanapun kita mempunyai pilihan untuk mempelajari ilmu yang memberi manfaat kepada bisnes anda ataupun tidak. Adakah harga yang ditawarkan berbaloi ataupun tidak. Anda berkuasa untuk membuat pilihan.

Keunikan Pakej Ebook Niaga FB yang saya telah terangkan panjang lebar di atas boleh menjadi pilihan anda sekarang kerana trick terkini 2017 yang diselongkar oleh admin produk ini telah dibongkarkan. Sekarang adalah masanya untuk anda terus membuat jualan lumayan di Facebook walaupun TANPA bantuan FB Ads.

Jangan bakar duit anda untuk FB Ads jika anda belum mahir melakukannya.

Harga diskaun 60% (RM20) yang ditawarkan pada masa kini daripada harga sebenar (RM50) iaitu RM30. Saya tak pasti bilakah pihak admin ini akan menaikkan harga pakej ini. Ketika post ini ditulis harga masih RM30.

Ini bermakna satu ebook berharga RM10 sahaja ditambah BONUS yang bakal anda dapat kelak. Apakah bonus tu....ada diterangkan dalam website yang saya tunjukkan di bawah.

Jika anda berminat untuk buat jualan di Facebook, anda boleh dapatkan produk Pakej Ebook Niaga FB ini sekarang di www.NiagaFB.com !


Sekian. Semoga berjumpa lagi pada post yang lain. Insyaa Allah.

Post a Comment

Powered by Blogger.

© R.E Biz