R.E Biz

Apa Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan WhatsApp ?


WhatsApp dah tak perlu dipertikaikan lagi tentang kelebihan yang ada pada applikasi percuma ini. Di Malaysia sendiri, WhatsApp kini masih menjadi kegemaran majoriti para pelanggan untuk melakukan urusan jual beli berbanding menggunakan laman web e-commerce.

Tahukah anda kelebihan dan kekurangan menggunakan WhatsApp yang kita sendiri terlepas pandang ?

Antara KELEBIHAN menggunakan WhatsApp :

1) Boleh hantar hantar mesej ke merata tempat di seluruh dunia TANPA dikenakan apa-apa caj.
2) Semua tool yang disediakan sangat MUDAH digunakan.
3) Tiada iklan. Salah satu applikasi android sepenuhnya bebas dari iklan.
4) Mudah nak import contact list dan kita boleh tahu siapakah rakan dalam contact list kita yang menggunakan applikasi ini.
5) Boleh kongsi Location, Gambar, Status dengan rakan anda.
6) Bersembang dan berkongsi pendapat dengan rakan anda TANPA dikenakan apa-apa kos.
7) Boleh buat video call tanpa dikenakan apa-apa caj.


Antara KEKURANGAN menggunakan WhatsApp :

Tak mungkin sesuatu yang dicipta oleh manusia tiada kekurangan. Setiap ciptaan yang dilakukan oleh manusia di dunia ni, PASTI ada kekurangannya.

Antara kekurangan menggunakan WhatsApp..

1) Anda hanya boleh chatting dengan rakan anda yang mempunyai smartphone yang menyokong applikasi ini.
2) Anda perlu ada line internet untuk menggunakan applikasi ini secara percuma.
3) Applikasi ini perlu diperbaharui setiap tahun dengan dikenakan caj sebanyak USD 0.99 sen.
4) Gambar profile anda mudah diketahui oleh sesiapa sahaja dalam contact list atau  setelah anda berhubungan Whatsapp dengan mereka TANPA anda ketahui niat mereka.


Kesimpulan

WhatsApp merupakan applikasi yang menguntungkan buat para usahawan terutamanya ketika berurusan dengan pelanggan disebabkan tiada caj yang dikenakan. 

Memahami kelebihan dan kekurangan yang ada pada applikasi ini menyebabkan ramai pengguna internet di Malaysia suka berurusan jual beli secara online menggunakan WhatsApp berbanding pengguna internet luar negara lebih gemar kepada e-commerce website.

Semoga informasi ni bermanfaat kepada anda. Sila tekan butang SHARE jika maklumat ini boleh membantu rakan anda di Facebook. Terima kasih.

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz