R.E Biz

Anda Malas Balas PM dan Komen..Mungkin Software Auto PM Sedia Membantu

" Aik...dah pukul 4.00 pagi, admin Fanpage ni TAK TIDUR lagi ke ! Boleh balas komen secepat kilat "


Begitulah perasaan saya bila saya komen sesuatu post di fanpage sesuatu produk sebab minat nak tahu, terus admin fanpage balas komen. Balas dengan pantas dan tak tunggu lama admin fanpage tu reply.

Oooo..baru saya tahu, rupanya admin tu guna software Auto-PM untuk bantu kerja mereka. Patutlah...!

Apakah kelebihan software ini ?

Saya boleh rumuskan ada 4 kelebihan software Auto PM ni.

1) Reply Komen Prospek

Paling malas kalau saya nak PM prospek TAPI sebab dah berniaga kenalah buat. Buat pengetahuan anda, Software ini akan bantu anda memberi komen secara automatik setelah anda PM prospek anda. Anda hanya perlu set kan beberapa keyword dan software ini akan berikan no hotline, atau maklumkan kepada prospek anda suruh mereka check inbox.

Bukankah ia memudahkan !

2) Viralkan Post Anda 

Kerja viral kan post anda menjadi lebih mudah. Banyak engagement akan berlaku apabila ramai yang memberi komen dekat post anda tu. Facebook terpaksa menayangkan post anda di newsfeed follower anda sebab engagement yang berkuali berlaku. Kita tak perlu susah susah nak minta Facebook tayangkan post kita kalau banyak komen, like dan share pada post kita.

Seronok kan !

3) PM Prospek yang berminat

Mesti anda pernah baca post yang menggunakan CTA (Call To Action), "Sila komen "Nak" sekarang !" di Facebook kan. Itu baru satu contoh. Kelebihan yang bagus untuk anda sebagai seorang usahawan di Facebook untuk tahu keunikan software ini adalah, PM prospek yang berminat setelah mereka komen apa jua keyword komen yang anda nak tetapkan.

Software ini akan kesan keyword yang anda suruh kesan seperti "PM", "saya nak", "nak", atau apa saja. Bila nampak orang komen sebegini, software ini akan terus pergi PM mereka mesej yang anda suruh sampaikan. Walaupun pukul 4:00 pagi. Software ini berkerja 24 jam!

Menarik kan !

4) CLOSING Sale Lebih POWER

Mana tak power? Bila prospek anda komen 'pm', 'nak', software ini terus hantar mesej closing dalam 5 saat, ia membuatkan prospek terus teruja dengan layanan pantas anda!

Kita pun kalau sebagai pembeli bila terima reply komen yang pantas dari penjual, kita pun teruja. Betul tak ? (macam saya ! hihihi). Apabila dengan pantasnya anda menjawab komen prospek, peratusan kepercayaan pelanggan terhadap bisnes anda akan mula meningkat. Anda mungkin tak sedar dan silap haribulan tak terlayan jumlah sale yang masuk berduyun-duyun.

Testimoni Pembeli

Buat apa saya cerita jer lebih tapi takde komen dari pembeli software Auto PM kan !.
Berikut saya sertakan sebahagian kecil testimoni pembeli yang telah guna software ni. Nak tengok ramai lagi testimoni pembeli anda terus ke laman web Jutawan.my (website milik usahawan internet terkenal di Malaysia, Tuan Ammar Zahar)

 
Testimoni-1

Testimoni-2


Testimoni-3


Kesimpulan

"Nak Cepat" adalah sebab yang paling tepat untuk anda cuba software ni. Prospek takkan tunggu lama untuk kita reply komen dan hantar PM kepada mereka. Terdapat ramai penjual yang berniaga produk yang sama macam anda. Bila software Auto PM ni buat kerja untuk anda kelak, ia meningkatkan kredibiliti anda dan dalam masa yang sama sale anda juga bakal meningkat.

Sampai di sini dulu perkongsian saya pada post kali ini. Semoga sedikit sebanyak membantu anda generate duit dengan lebih banyak dalam lubuk duit di Facebook. Semoga berjaya !

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz