R.E Biz

Konsep 4P Untuk Asas Bisnes Internet



Jika anda pernah menghadiri seminar usahawan internet, kursus teknik pemasaran dan segalanya berkaitan dengan perniagaan internet pasti akan menyentuh konsep 4P dalam bisnes internet. Walaupun penyampai tidak menyebutpun tentang 4P, setiap perkara yang mereka sampaikan pasti berkisar kepada konsep 4P ini.

Saya ingin berkongsi kepada anda secara ringkas apakah konsep 4P untuk asas bisnes internet.


1) Produk

Bila sebut perniagaan, produk adalah 'P' yang pertama. Tanpa produk tiadalah nama perniagaan. Sedangkan menjual insuran juga mempunyai produk-produknya tersendiri mengikut pakej-pakej yang telah disediakan.

Produk boleh jadi produk fizikal, digital ataupun servis.

Anda boleh buat pilihan untuk mencipta satu produk jenama anda sendiri ataupun produk orang lain. Apa yang penting sebelum memulakan perniagaan, anda perlu tentukan produk apakah yang anda ingin jual !


2) Platform

Sekiranya anda ingin melakukan bisnes internet secara online, anda memerlukan platform untuk anda menjual produk. Anda perlu memiliki website untuk anda meletakkan produk anda. Anda boleh perolehi website secara percuma ataupun berbayar. Terpulang kepada anda.

Dengan adanya website memudahkan bakal pelanggan anda bertandang,melakukan pembelian,melakukan pertanyaan tentang produk anda,dan banyak lagi.

Platform kedua ialah dengan menggunakan media sosial seperti facebook,twitter,pintrest, instagram dan banyak lagi. Gunakan kelebihan media sosial ini untuk menarik minat pelanggan dan bakal pelanggan anda. 

Sebarkan produk dengan cara yang betul untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan dimasa akan datang.


3) Pembayaran

Setiap perniagaan di internet memerlukan satu platform yang memudahkan bagi pelanggan untuk melakukan pembayaran. Mudahkan pelanggan !....Ya...mudahkan pelanggan untuk membayar produk anda hanya dengan mengikuti beberapa langkah mudah.

Tunjuk dan terangkan kepada mereka cara membuat pembayaran semudah ABC.

Gunakan skrip borang dan letakkan di website pembayaran anda, supaya mudah pelanggan mengisi maklumat pembayaran. Buatkan pelanggan rasa selesa untuk membayar hanya dengan beberapa klik sahaja.

Jika anda menggunakan platform seperti media sosial pastikan akan memberikan panduan dalam bentuk arahan mudah contohnya seperti dibawah..


a) Untuk melakukan pembelian produk XXX sila SMS dan taipkan mesej”XXXX XXXX” dan hantar ke 016 XXX XXXX. 

b) Untuk melakukan pembelian produk Sila Pm Kami di http:/XXXXXXX/XXXXX untuk langkah-langkah seterusnya.


4) Pemasaran

Untuk Pemasaran melalui internet pula anda perlu menyediakan bahan pemasaran yang lengkap kepada pelangan atau bakal pelangan anda seperti gambar,video,testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan produk,penerangan produk dan banyak lagi. 

Perkenalkan serba sedikit latar belakang anda di website anda agar pelanggan lebih mengenali dengan siapakah mereka berurusan. Orang kata "Tak Kenal, Maka Tak Cinta".

Sentiasa kongsikan manfaat produk anda dan niatkan juga dalam diri anda bahawa anda mahu meyelesaikan masalah orang lain dan bukan memikirkan keuntungan semata mata saja. 

Insya Allah!, semoga perniagaan internet yang anda lakukan secara online bakal memperolehi kejayaan yang besar..


" Sementara Stok CD Bisnes Internet Yang Diedarkan Secara PERCUMA Ini Masih Ada ! "





Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz