R.E Biz

3 Tip Terbaik Menjana Komisen Affiliate Secara Konsisten



Setiap ejen affiliate yang berjaya sentiasa mencari produk yang ada permintaan serta mendapat bayaran komisen yang tinggi. Kebanyakan mereka mempunyai magic formula yang mudah dan ia siap sedia untuk dipraktikkan. 

Walaupun pada hakikatnya ia tidaklah semudah apa yang dikatakan. Telah bertahun dibuktikan bahawa formula terpenting yang mesti diberi penekanan adalah berusaha keras dengan penuh dedikasi.

Sentiasa fokus pada usaha untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditentukan.

Pada post kali ni saya ingin berkongsi 3 tip terbaik yang berkesan membantu jualan affiliate anda. Melalui tip-tip ini kelak, anda boleh meningkatkan jualan dan mampu bertahan dalam usaha untuk memasarkan produk affiliate secara online.

Apakah 3 tip TERBAIK menjana komisen affiliate secara konsisten tu ?


1) Website Yang UNIK

Anda ada website ? Gunakan unik website untuk promosi setiap satu produk affiliate pilihan anda. Anda disarankan agar tidak meletakkan banyak produk dalam satu website hanya kerana mahu menjimatkan caj hosting anda. Senang cerita...jangan carca merba kan pelbagai niche produk dalam satu website kecuali anda adalah usahawan e-commerce.

Sertakan produk review di website anda agar pelawat mengenali sejauh mana produk yang anda jual boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Masukkan juga testimoni pembeli yang telah mencuba produk yang anda jual. Pastikan setiap testimoni mendapat kebenaran dari pengguna produk dan mereka rela memberikan nama dan gambar mereka untuk dipaparkan.

Anda juga boleh menulis artikel-artikel yang menerangkan maklumat produk di website anda. Tarik perhatian pelawat dengan menerangkan keunikan yang ada pada produk affiliate anda. Sebagai contoh mungkin niche anda adalah produk kesihatan berkaitan penyakit jantung, kongsikan tip, cara, kaedah bagaimana cara menjaga kesihatan jantung yang baik.

Fokus penulisan anda kepada niche anda sahaja dan pasti pelawat akan tertunggu-tunggu perkongsian terbaru dari anda dan seterusnya akan menghubungi anda untuk mendapatkan produk anda.


2) Tawarkan Ebook/Laporan PERCUMA

Cara ni ramai otai usahawan internet lakukan, tidak kiralah usahawan dalam negara ataupun luar negara. Seelok-eloknya gambar laporan ataupun ebook percuma anda itu diletakkan di bahagian atas sebelah kanan website anda. Pada tahap ini anda perlu memiliki autoresponder anda sendiri di mana anda perlu siapkan mesej email untuk dihantar kepada mereka yang telah mendaftar maklumat mereka. Berdasarkan kajian, jualan dapat dibuat setelah anda berhubung dengan pelawat berdaftar setelah tujuh kali mesej email dihantar.

Hanya dua perkara yang boleh berlaku jika anda tidak meletakkan laporan/ebook percuma di website anda iaitu antara anda berjaya buat jualan atau pelawat tinggalkan website anda begitu sahaja. Setelah anda mendapat maklumat mereka, kongsikanlah maklumat yang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Buatkan mereka rasa selesa menerima mesej email anda dan dalam masa yang sama mengingatkan kepada mereka tentang produk affiliate yang anda jual. Elakkan perasaan ingin menjual semata sebelum anda menerangkan sebab yang jelas kenapa mereka perlu membeli produk anda.

Fokus kepada perkara penting bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah mereka. Buat mereka rasa gembira dan berpuas hati setelah mendapatkan produk anda. Dalam email mesej anda kelak, sebolehnya elakkan menggunakan perkataan "FREE" pada subjek dan mesej anda kerana kebanyakkan mesej ini akan menyebabkan email anda bakal dimasukkan ke dalam Spam box. Ia satu kerugian kepada anda kelak.


3) Trafik Yang Targetted

Dapatkan trafik yang targetted kepada produk niche anda. Cuba bayangkan pelawat yang melayari website anda tidak berminat apa jua tawaran yang anda buat. Mereka akan pergi dan tidak akan datang lagi ke website anda. Ini juga satu kerugian sebenarnya.

Artikel adalah kuasa trafik yang organik - Tulis artikel anda sendiri dan letakkan dalam e-zines. Dengan cara ini anda boleh kenal pasti dan mengecilkan target market pelanggan anda yang benar-benar berminat.

Cuba praktikkan secara konsisten menulis 2 artikel setiap minggu sekurang-kurangnya 300 hingga 600 patah perkataan. Konsistensi menulis artikel berpotensi mendapat trafik  yang targetted sekurang-kurangnya 100 pembaca setiap hari.

Saya selalu memperingatkan diri saya bahawa nisbah seorang pembeli kebiasannya berjaya diperolehi jika 100 orang berminat untuk mendapatkan produk ataupun servis anda. Jika anda dapat 1,000 pelawat yang targetted sehari, ini bermakna anda berpotensi memperolehi 10 jualan. Ini membuatkan saya sentiasa berusaha untuk mencara trafik yang benar-benar targetted.


Kesimpulan

3 tip terbaik menjana komisen affiliate secara konsisten di atas tidaklah sesusah mana untuk anda lakukan jika anda fikirkan ia mudah. Anda hanya memerlukan sedikit masa dan plan tindakan yang betul untuk dipraktikkan.

Cuba gunakan 3 tip ini untuk beberapa program pemasaran affiliate anda. Insya Allah anda mampu mengekalkan komisen affiliate anda bila mana ramai lagi pemasar affiliate yang tidak melakukannya.

Apa yang penting, anda perlu fokus dan bayangkan bayaran komisen yang bakal anda terima kelak.

Semoga post kali ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.


Nak Ebook 14 Rahsia Affiliate Secara PERCUMA ?


Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz