R.E Biz

3 Cara Dapat Duit Dari Blog


Salam hormat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih sebab layari blog ini.

Pasti anda tercari-cari informasi tentang bagaimana nak dapat duit dari blog. Betul tak ?

Zaman ekonomi mencabar terutamanya pada tahun ini 2015 iaitu tahun GST, kita perlu mencari alternatif untuk tambah pendapatan. Hidup semakin susah bagi mereka yang fikirkan susah.

Anak semakin membesar, bayaran sekolah perlu dibayar...belum sewa rumah lagi dan macam-macam lagi yang perlu dibayar. Apa yang pasti, kita perlu berusaha mencari peluang bagaimana tambah perdapatan !

Mungkin idea untuk dapat duit dari blog agak asing bagi anda yang mungkin tak pernah berkecimpung dalam menjana pendapatan secara online. Terutamanya mereka yang tidak tahu apa itu fungsi blog.

Saya tidak akan sentuh tentang pengenalan tentang blog dan cara membina blog. Anda boleh cari banyak maklumat di Google untuk itu. Fokus perkongsian kali ini adalah untuk menerangkan cara dapat duit dari blog yang kebanyakan blogger jana wang dari blog mereka.

3 Cara Dapat Duit Dari Blog

Berikut saya terangkan bagaimana cara dapat duit dari blog. Saya benar-benar berharap info ini membantu anda.

1) Jual Produk Sendiri

Ramai usahawan-usahawan kini sedar tentang pentingnya memiliki blog untuk perniagaan mereka. Sebab apa ? 

Cuba anda buat carian di Google, kebanyakan keputusan carian yang ditunjukkan adalah ke laman blog. Mungkin anda tidak perasan.

Sebenarnya blog adalah salah satu medium ataupun alat pemasaran yang efektif untuk para usahawan. Tidak kiralah anda sebagai seorang ejen insuran ke, peniaga makanan ke, peniaga barangan IT ke, peniaga pelancongan ke dan apa jua perniagaan yang anda lakukan, anda boleh pasarkan melalui blog.

Cara nak menjual produk sendiri cukup mudah. Apa yang penting anda kenal pasti kelebihan produk anda kemudian coretkan pandangan yang ikhlas melalui penulisan diblog. 

Mungkin anda boleh terangkan apa yang tiada pada produk orang lain (jangan bandingkan jenama dengan peniaga lain yer !), ia ada pada produk anda, hmmm...atau anda masukkan beberapa testimoni pelanggan yang telah menggunakan produk anda untuk menaikkan keyakinan bakal pelanggan anda.

Anda juga boleh coretkan aktiviti perniagaan setiap hari di blog anda. Sebagai contoh, anda sedang bercuti bersama keluarga, tetapi tiba-tiba ada pesanan daripada pelanggan untuk produk anda. Anda merasa teruja kemudian anda kongsikan ekspresi diri anda ketika itu.

Maksud saya di sini adalah walau apa jua yang aktiviti anda yang mungkin bersama staff, keluarga dan masyarakat tetapi ada hubungkait dengan perniagaan anda, anda kongsikan diblog anda. Mudahkan sebenarnya cara nak dapat duit dari blog.

2) Jual Produk Orang Lain

Peluang seperti ini banyak yang boleh anda coretkan diblog anda. Cuma pada kali ini anda menjual produk orang lain.

Inilah salah satu peluang yang terbuka luas untuk anda dapat duit dari blog. Apa yang penting anda PERLU memiliki blog jenama anda sendiri.

Kaedah yang sama seperti cara no 1 di atas, cuma kali ini anda menjual produk orang lain. Kebanyakan usahawan yang mempunyai jenama yang kukuh seperti Ashadee yang dimiliki oleh Mr Gobala Krishnan dan KlikJer yang dimiliki oleh Mohd Suhaimi atau dikenali dengan nama Shuth menyediakan satu platform untuk anda buat duit secara online.

Ada pelbagai niche produk yang anda boleh jual melalui program affiliate . Saya nasihatkan anda fokus pada satu niche untuk satu-satu blog anda. Sekiranya blog anda menjual produk makanan seperti makanan sejuk beku, anda boleh kongsikan maklumat produk info yang memberi panduan 'How To" atau Cara Membuat Makanan Sejuk Beku kepada pembaca blog anda.

Banyak lagi yang anda kongsikan tentang niche makanan. Anda hanya perlu kreatif dan sentiasa mempunyai minda usahawan yang sentiasa berkongsi kepada orang lain. Jika anda istiqamah berkongsi insya Allah pasti objektik untuk dapat duit dari blog pasti terhasil akhirnnya. Percayalah !

Saya kongsikan salah satu video bagaimana cara untuk dapat duit dari blog yang mempunyai niche makanan. Sila tonton video di bawah ! (durasi video 4 minit 29 saat)


3) Buat Artikel Review

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan artikel review ataupun ulasan artikel khas kepada penulis blog. Ramai otai-otai IM (Internet Marketer) menawarkan perkhidmatan ini. Bukanlah bermakna anda tidak boleh bersaing dengan mereka.

Sebenarnya jumlah penulis blog yang menawarkan perkhidmatan ini cukup kurang. Jika anda suka menulis artikel berbentuk ulasan terutama memberi review tentang produk syarikat tertentu pasti cara ini memberi kepuasan kepada anda.

Sebagai contoh anda memiliki blog dalam niche pelancongan. Anda memang suka melancong di mana-mana destinasi pelancongan. Mungkin anda pernah bercuti di resort Pulau Redang sebagai contoh. Anda tawarkan kepada syarikat resort tersebut untuk membuat ulasan tentang tempat mereka.

Apa yang perlu anda lakukan adalah anda email kepada mereka dan terangkan kredibiliti blog anda, memiliki trafik yang tinggi dan berpontensi menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke resort mereka JIKA mereka menerima tawaran anda. Sesuatu yang menyeronokkan seperti melancong pasti lebih jujur ulasannya jika dikongsikan. Betul tak ?

Ada banyak lagi contoh lain yang anda boleh ulaskan untuk cara begini. Sejujurnnya saya jarang sekali menulis artikel berbentuk review TETAPI saya tahu inilah salah satu cara dapat duit dari blog yang amat berkesan juga.

Kesimpulan

Apa jua yang kita buat untuk dapat duit dari blog, FOKUS adalah paling utama. Hakikatnya apa yang perlu anda faham tentang cara dapat duit dari blog adalah...

1) Buat duit online dari blog bukannya semudah yang disangka.  (Mana boleh goyang kaki dirumah duit masuk akaun melimpah-limpah)

2) Anda hanya perlu FOKUS dengan sesuatu perkara.  (Ramai yang mencuba, tetapi tidak fokus, mudah terpengaruh dan paling ramai yang mudah putus asa).

3) Jika anda ingin mendapatkan wang dari blog anda, tahu pembaca potensi anda terlebih dahulu.

4) Siapakah yang akan membaca blog anda? Siapa yang akan menunjukkan minat untuk membeli barangan daripada anda? Dan yang akan berasa untuk membeli selepas membaca ?

5) Tanpa mengetahui pembaca sasaran anda, anda tidak boleh membuat banyak potensi dari blog.

Semoga anda faham dan tahu apa yang perlu anda lakukan selepas ini. Apa yang saya ingin tekankan adalah fokus terhadap apa juga yang anda lakukan. Setiap usaha yang berterusan dan sentiasa fokus kepada matlamat anda, pasti berjaya membuahkan hasil suatu hati kelak. Insya Allah.

Sebelum saya mengakhiri post saya pada kali ini saya ingin mencadangkan kepada anda yang mahu sesuatu yang lebih advance tentang bagaimana menjadi usahawan blog. Anda boleh dapatkan maklumat tentang bagaimana seorang usahawan mendapat hasil lumayan dengan blog di laman sesawang www.usahawanblog.com.

Semoga membantu anda menjana pendapatan online dan dapat jumpa pada post yang lain. Insya Allah. Sekian. Terima kasih.



Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz