R.E Biz

4 Cara Jana Wang Dari Rumah


Kebiasaanya setelah berada dipertengahan bulan, mereka yang bekerja makan gaji akan mula mengeluh, merungut dan kadang-kadang emosi pun boleh terganggu. Semuanya disebabkan masalah kewangan atau boleh saya gelarkan Sindrom Tengah Bulan (STB).

Walaupun setiap bulan anda menghadapi masalah yang sama, cukup bulan bayar hutang, tebar sana tebar sini sehingga duit belanja sendiri TIDAK mencukupi namun terpaksa meneruskan kehidupan. Masalah kewangan akan terus meruncing JIKA kita tidak berusaha untuk mencari jalan penyelesaian. 

Kenal pasti terlebih dahulu adakah kita benar-benar mempunyai masalah kewangan sebelum kita membuat tindakan selanjutnya. Mungkin individu bujang terutamanya tidak sedar masalah ini dan anda boleh kenalpasti 6 tanda anda menghadapi masalah kewangan seperti mana dikongsikan dari blog kewangan di sini.

Adakah kita mempunyai pilihan ataupun jalan untuk meningkatkan kewangan peribadi ?


CARI JALAN PENYELESAIAN

Jangan biarkan masalah kewangan anda berlarutan. Cari jalan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan. Itu 'mind set' pertama yang perlu wujud dalam minda separa sedar anda.

Baiklah...untuk post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 4 Cara Jana Wang Dari Rumah. Adalah satu perkara yang merugikan JIKA anda tidak mengambil kesempatan pada zaman teknologi yang canggih kini untuk jana wang dari rumah.

======================
4 Cara Jana Wang Dari Rumah
======================

1) Sertai Program Affiliate

Inilah cara pertama saya menjana wang dari rumah sehingga kini.  Ia adalah sangat mudah! Sebagai affiliate ataupun digelar agen affiliate anda perlu merujuk bakal pembeli anda ke pelbagai laman web jualan, dan apabila anda berjaya mendapat jualan, anda akan mendapat komisen.

Anda adalah orang tengah (middleman) supaya anda tidak perlu melakukan perkhidmatan pelanggan, mengambil pesanan, dan lain-lain Syarikat-syarikat yang bakal anda sertai kelak akan menawarkan anda satu link tracking untuk digunakan bagi menghubungkan laman web anda. Inilah cara bagaimana penyedia program menjejaki jumlah jualan anda kelak.

Hampir semua program affiliate adalah percuma untuk anda turut serta. Kebiasannya anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan syarikat penyedia program affiliate akan menghantar pautan untuk digunakan sebagai aktiviti promosi.

Kuncinya adalah untuk memilih satu topik yang anda suka (hobi, minat, topik, dan lain-lain) dan membina sebuah laman informasi seperti blog yang kaya dengan konten bernilai tinggi.

Berikut adalah satu contoh. Katakanlah anda suka memancing. Anda boleh membuat laman web yang "bagaimana" memancing dan menawarkan segala tips serta teknik yang diperlukan untuk menjadi seorang pemancing yang berjaya.

Saya boleh cadangkan kepada anda 2 syarikat besar yang menyediakan program affiliate yang membayar pada masa yang ditetapkan sejurus anda berjaya mendapat jualan adalah KlikJer dan Ashadee.

Jika anda masih buntu dan ingin menjana wang tambahan RM800-RM1000 sebulan secara part time di rumah, saya ingin mencadangkan anda belajar terus dengan penyedia program affiliate di Ashadee.com iaitu Mr Gobala Krishnan. Dimaklumkan ketika post ini ditulis pendaftaran masih dibuka secara PERCUMA. Ia bakal ditutup pada 1-Feb-2015. Jika masih sah tarikh ini anda boleh daftar melalui pautan di sini sekarang !


2) Jual E-Book Anda Sendiri

E-book (nama singkatan bagi Electronic Buku) adalah produk digital yang boleh dipindahkan atau dimuat turun melalui Internet secara mudah.

Anda TIDAK perlu risau tentang kehabisan kehabisan produk kerana format digital seperti e-book memberi ganjaran maximum tanpa terhad bagi produk anda!

Kebanyakan usahawan Internet, menjual e-book mereka sendiri kerana ia lebih mudah untuk diuruskan. Anda TIDAK perlu menghantar produk. Pelanggan boleh terus memuat turun produk  ini dengan serta-merta selepas berjaya membuat pembayaran, ataupun dihantar pautan muat turun melalui e-mel.

E-book adalah produk digital yang paling banyak dijual di Internet. Mereka sering dibuat dengan perisian seperti Adobe Profesional (PDF) dan kemudian memuat naik ke internet dengan mudah.

Kebiasaanya pakar usahawan yang hanya menfokuskan kepada jualan e-book, menganggap diri mereka sebagai penyelesai masalah seseorang. Mereka akan mencari apakah masalah utama dalam sesuatu niche ataupun bidang kemudian menulis cara-cara untuk selesaikan masalah mereka melalui E-Book.

Jika anda ingin tahu cara bagaimana mencipta dan jual ebook pertama anda, mungkin panduan dalam web ini membantu anda. Untuk maklumat lebih lengkap, sila ke laman web ini www.bisnesebook.com


3) Jual Perkhidmatan Anda

Adakah anda seorang Penulis? Web Programmer? Pakar Perunding? Adakah anda melakukan pelbagai jenis perkhidmatan? Jika demikian, anda boleh menjual perkhidmatan anda terus melalui Elance.com ataupun di Fiverr.com

Pertama sekali anda perlu cuba kenalpasti apakah kemahiran anda terlebih dahulu dan jual kemahiran anda kepada mereka yang perlukan perkhidmatan anda.

Anda juga boleh perkenalkan tawaran menarik perkhidmatan anda di forum, blog, facebook, twitter dan sebagainya. Fokus pada satu-satu pelanggan dan berikan perkhidmatan terbaik. Insya Allah perkhidmatan terbaik anda yang mungkin juara dari segi kepantasan, kekemasan, kecantikan dan sebagainya menjadikan ia viral secara word of mouth (iklan dari mulut ke mulut) para pelanggan.


4) Dropshipping

Dropshipping adalah proses di mana anda tidak perlu meyimpan stok, tetapi sebaliknya memindahkan pesanan pelanggan dan maklumat penghantaran terus kepada pemborong. Kemudian pemborong akan menghantar barangan terus kepada pelanggan.

Jadi katakanlah anda ingin menjual beg tangan daripada syarikat ZALORA. Anda akan membeli produk pada harga borong, kemudian perlu membayar kepada kastam, pengilang dan pengangkutan sebelum terus kepada pelanggan. Untuk dropshipping anda tak perlu melakukan semua perkara di atas. Tugas anda hanya perlu melakukan promosi dan setiap closing sale yang anda dapat lakukan, anda akan dibayar.

Contoh penyedia peluang dropship terkenal peringkat tempatan yang anda boleh turut serta adalah seperti EdyMall. Anda boleh cuba jana wang dirumah melalui cara dropship dan tak perlu pening-pening memikirkan hal-hal pengurusan besar yang lain.


Kesimpulan

Cara jana wang dari rumah yang saya cadangkan di atas adalah diantara beberapa idea yang boleh anda cuba usahakan untuk menjana pendapatan. Kesemua cara di atas adalah antara yang TIDAK perlukan modal besar sebagai permulaan. Ada juga pilihan dimulakan secara percuma sahaja seperti program affiliate. Ramai usahawan internet telah menjana pendapatan lumayan hanya dari program affiliate.

Jika anda ingin tahu cara automatik menjana pendapatan RM800-RM1000 sebulan konsisten secara part time di rumah anda boleh layari laman web ini www.rieclick.com/rm1000 sekarang ! Ia dibuka sangat TERHAD dan bakal ditutup pada 1-Feb-2015. Sila abaikan link tersebut jika tarikh anda melayari post ini telah tamat tempoh.

Sekian. Semoga idea yang dicadangkan pada post kali ini membantu anda menjana wang dari rumah dan tak perlu mengeluh dan merungut kelak. InsyaAllah. Saya turut mendoakan kejayaan anda. Aaminn.


Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz