R.E Biz

3 Teknik Pemasaran Online Menggunakan Kaedah PERCUMA


Kebanyakan usahawan kecil yang baru menceburi dunia pemasaran internet PASTI tercari-cari cara ataupun kaedah untuk meminimumkan kos pemasaran bagi produk ataupun perkhidmatan mereka.

Pemasaran adalah SATU aktiviti berterusan yang MESTI dilakukan. Mahu atau tidak mahu, ia PERLU dilakukan. Tiada pilihan !

Tanpa mempraktikkan ilmu pemasaran yang efektif, ia memberi kesan kepada jualan. Jika jualan merosot, implikasi kepada jenama syarikat atau kedai anda juga turut terjejas.

Baiklah rakan-rakan pembaca sekalian, pada post kali ini saya ingin kongsikan kepada anda 3 teknik pemasaran internet menggunakan kaedah PERCUMA dan menjimatkan kos pemasaran anda.

Antara teknik percuma adalah seperti berikut.

=====================================
3 TEKNIK PERCUMA PEMASARAN ONLINE
=====================================

1) SOSIAL NETWORK - FACEBOOK

Tidak dapat dinafikan sosial network seperti Facebook semakin disukai ramai usahawan di dalam dunia ini. Boleh dikatakan ia adalah satu platform untuk berniaga JIKA tahu caranya.

Pertama sekali kita perlu faham, tujuan sosial network itu sendiri.

Fokus utama yang perlu kita tanam dalam kepala kita adalah sosial network adalah tempat untuk bina perhubungan. Cuma perhubungan ini adalah perhubungan secara maya.

Saya teringat kata seorang rakan usahawan saya tentang bisnes. Dia mengatakan "Bisnes adalah Berkawan-kawan". Anda dapat tangkap tak maksudnya ?

Baiklah....antara kaedah percuma di Facebook :

a) Facebook Profile

Di bahagian profile FB anda, anda boleh terus melakukan promosi produk anda. Namun saya ingin ingatkan kembali bahawa Facebook adalah laman sosial, anda perlu bina perhubungan dengan rakan-rakan anda.

Kebanyakan pakar FB marketer menasihatkan agar mengemaskini status untuk pengiklanan selepas 3 kali anda kemaskini status wall anda berkaitan kehidupan harian anda secara santai.

Anda boleh terus letakkan link web / link affiliate anda dan kemudian klik butang post.

Anda juga boleh melakukan pengiklanan di FB profile dengan 2 kaedah ini iaitu Soft Selling ataupun Hard Selling.

Soft Selling - Satu falsafah jualan ke arah mengenal pasti keperluan pelanggan dan diterangkan secara tersirat dan cukup berhati-hati. Kaedah ini sangat disyorkan bagi kebanyakan pakar pemasaran. Anda hanya perlu timbulkan rasa tanda tanya kepada pelanggan untuk menarik minat mereka kepada produk ataupun perkhidmatan anda.

Jika anda mempunyai masalah untuk mencipta ayat pengiklanan soft selling yang power, saya cadangkan anda rujuk produk yang menawarkan pakej skrip ajaib untuk pengiklana dan pemasaran di Facebook yang terbukti mampu menarik minat pelanggan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut,

Hard Selling - Ia lebih kepada memberi pendekatan secara langsung atau secara terus terang dengan cara memberi tekanan psikologi ( merayu terhadap ketakutan, kerisauan seseorang ) untuk memujuk pelanggan membeli dengan cepat. Kaedah ini tidak digalakkan sama sekali melainkan anda seorang pakar jualan yang mahir melakukannya. Teknik ini bukan LANGSUNG tidak dibenarkan. Perkara yang TDAK dibenarkan langgsung dalam pemasaran adalah SPAMMING !


b) Facebook Group

Di bahagian Facebook Goup, anda digalakkan melakukan pengiklanan untuk pemasaran anda dengan cara menggunakan gambar.

Anda disyorkan untuk meletakkan gambar manusia bagi pemasaran di Facebook Group. Sebagai contoh, jika anda seorang usahawan barangan kesihatan untuk produk lelaki yang terkena penyakit prostate. Anda boleh letakkan gambar muka seorang lelaki yang mengerang kesakitan kemudian karang ayat iklan tentang masalah mereka dan kongsikan kebaikan ataupun kelebihan produk anda.

Bagi anda yang mempunyai masalah untuk melakukan rekaan grafik yang power untuk diletakkan di Facebook Group, saya cadangkan anda lihat potensi software grafik keluaran anak tempatan ini DI SINI ! (Mudah, Pantas dan Menjimatkan)


2) FORUM

Pemasaran Online yang menggunakan kaedah percuma yang kedua pula adalah teknik pemasaran forum.

Walaupun anda seseorang yang aktif di Facebook, aktiviti forum juga TIDAK harus ditinggalkan. Bagi diri saya, forum MASIH menjadi pilihan untuk melakukan pemasaran berkesan.

Forum adalah sama juga seperti sosial network di Facebook, di mana kita masih perlu menekankan aspek perhubungan. Masih ingat lagi kata rakan usahawan saya yang tulis di awal penulisan tadi ... "Bisnes adalah berkawan-kawan".

Anda boleh cari mana-mana forum yang berkaitan dengan bisnes pasaran anda menggunakan enjin carian Google.

Saya beri tip bagaimana anda boleh mencari forum yang sesuai untuk bisnes anda pada enjin carian Google.

Anda hanya perlu menaip seperti gambar di bawah !


Bagi saya forum yang saya minati dan memberi banyak pengetahuan kepada saya tentang ilmu perniagaan internet adalah di Wang Cyber.

Antara teknik percuma yang efektif di forum adalah kaedah signature. Gambarajah di bawah adalah snapshot salah satu aktiviti saya di forum wangcyber.com dan kebanyakan forum menyediakan signature secara percuma. Anda boleh terus buat !



3) BLOG

Teknik ketiga bagi teknik pemasaran online menggunakan kaedah percuma adalah blog. Antara peranti blog yang popular serta mendapat ranking enjin carian di google adalah blogger.com.

Jika anda masih BELUM memiliki blog, saya syorkan anda mulakan sekarang.

Blogger adalah salah satu produk dari Google dan amat rugi jika anda tidak memanfaatkannya. Jika anda salah seorang yang minat dalam bidang penulisan, blog adalah kaedah yang sangat sesuai buat diri anda.

Bagi saya, saya suka melakukan pemasaran produk saya dan produk dari program affiliate melalui teknik penulisan blog. Blog ini pula adalah salah satu blog percuma saya untuk niche produk digital berkaitan pemasaran internet. Anda boleh explore penulisan saya JIKA anda berkesempatan.

Buat duit dari blog

Ramai yang tak tahu bahawa kita boleh buat duit dengan blog. Ramai otai pemasar internet menggunakan kaedah ini untuk menjana pendapatan pasif mereka. Apa yang penting anda perlu tanamkan minat mahu berkongsi maklumat kepada pembaca anda.

Anda boleh kongsikan kisah kehidupan anda sebagai pedoman, nasihat agama, pandangan anda tentang sesuatu produk atau perkhidmatan dan sebagainya untuk menarik perhatian pembaca anda kelak.

Cara pasif mendapat duit dari blog adalah mengenakan caj untuk banner iklan di blog anda. Anda juga boleh mengenakan caj untuk iklan text di bawah setiap post.

Kebiasaannya pemilik blog yang mempunyai ranking pembaca yang tinggi sangat mudah menjana pendapatan dari blog.

Jika anda ingin tahu cara mendapat ranking yang tinggi di enjina carian, saya sangat cadangkan Kitab SEO Merah Jambu. Dalam kitab ini, ia menerangkan secara terperinci, bagaimana cara menulis blog yang disayangi enjin carian. Blog anda berpotensi mendapat PR 1 jika ikut apa yang dicadangkan oleh pemilik produk ini.

Apabila blog anda MUDAH dilhat oleh Google maka memudahkan anda mendapat jumlah trafik yang tinggi seterusnya meningkatkan jualan anda.


KESIMPULAN

Terdapat banyak teknik pemasaran online yang menggunakan kaedah percuma sebenarnya. Bagi saya 3 teknik yang saya terangkan di atas adalah antara terknik terbaik untuk sama-sama praktikkan.

Apa yang penting adalah anda terus melakukan pemasaran TANPA mengenal erti putus asa. Buatlah yang terbaik untuk diri anda. Manalah tahu suatu hari nanti anda boleh bebas dari pekerjaan yang lakukan sekarang dan bebas melakukan apa sahaja.

Saya sentiasa doakan kepada anda pembaca blog ini khasnya agar menjadi seorang kaya yang beriman bermula hari ini dan hari seterusnya. Lakukan pemasaran secara konsisten walau apa jua yang anda lakukan !

Jika anda ingin belajar teknik pemasaran 7 NAGA di mana bagi saya SANGAT powerful jika anda praktikkan sebagai usahawan internet, saya sangat mencadangkan kepada anda untuk daftar secara percuma di sini ! Teknik ZERO kos ataupun TANPA kos yang pasti mengujakan anda kelak, insyaa Allah.

Sila klik gambar di bawah ini sekarang !


Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz