R.E Biz

Facebook Viral Menjadi-Jadi Kalau Kena Pada Tempatnya

Pernahkah diri anda tertanya "Eh...baru 30 minit lepas aku cerita pasal si anu ditangkap khalwat dengan si anu, dah tersebar luas....cepat betul" sambil anda menggaru kepala.

Berita kontroversi cepat tersebar hanya dengan cerita dari mulut ataupun word of mount. Inilah yang dinamakan viral. Kisah sensasi artis kebiasaannya cepat tersebar dan ia menjadi viral dikalangan peminat dan pemusuh seseorang artis.


Cara bagaimana proses Viral berlaku


Proses viral yang organik berlaku secara spontan. Kekadang kita tak perasan yang kita telah menviralkan sesuatu isu, jenama, produk, perkhidmatan, berita dan sebagainya secara tidak disengajakan.

Sebagai contoh kisah kedai nasi kukus Pak Abu. Suatu hari anda pergi makan kedai Pak Abu dengan sorang member. Pastu anda dah makan nasi kukus tu, anda nangis sebab terlampau sedap.

Ala-ala macam tagline KFC 'Finger Licking Good' dalam bahasa Melayunya. Sedap hingga menjilat 
jari.

Bila anda balik ke rumah, anda cerita kat adik-beradik anda tentang kesedapan nasi kukus Pak Abu ni..kat parent pun anda pergi cite jugak. Jadi di sinilah terjadilah pemasaran viral secara tak langsung.



Kemudian, family anda tadi pergi cuba try nasi kukus Pak Abu ni sebab anda cakap nasi dia sedap. 

Biasalah, family sendiri rekemen kan mestilah ingin cuba juga. Akhirnya, adik beradik & parent anda pun 'jatuh cinta' dengan nasi kukus Pak Abu ni.

Kemudian,masing-masing pergi cite kat kawan-kawan sekolah, universiti, pejabat tentang kesedapan nasi kukus Pak Abu tu. 

So,makin ramailah pelanggan kedai Pak Abu.

Cuba anda bayangkan jika kawan anda yang pergi makan sekali ngan anda tadi cite kat family dia juga dan cuba anda bayangkan jugak ada 10 orang yang sama jenis macam anda. Apa yang anda nampak? 

Jawapan dia berganda-gandalah prospek Pak Abu ni. Free-free je dia dapat promosi kan?

Jadi, anda nampak kan macam mana pemasaran viralini berlaku..dan sebenarnya jika ia berlaku 
melalui online, ia sangat-sangat terbaik kesannya terutama bila wujudnya Facebook!

Wujud salah satu produk VIRAL melalui Facebook telah  dibangunkan oleh seorang usahawan muda bernama Wazeen Azizan di mana bagi pandangan saya cukup berkualiti. Produk yang bakal memberi impak dari viral software yang dibinanya untuk usahawan yang ingin meningkatkan pelanggan secara pemasaran viral. 

Ingin tahu maklumat lanjut produk beliau sila layari www.fbviralism.com !


3 Sebab Mengapa Perlu Guna Kuasa Viral di Facebook

" Kalau kita menggunakan teknik viral yang salah di Facebook, bisnes anda akan mengalami kerugian yang besar "

Itulah peringatan yang patut anda beri perhatian ketika menggunakan apa jua kaedah viral yang berada di luar sana. Pastikan prospek yang akan Like, Share dan Recommend laman web anda adalah yang sah dan organik.

1. Jutaan pengguna Facebook

Pengguna Facebook terus meningkat dari hari ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.

2. Applikasi Mobile Facebook

Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.
  
Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian besar mereka mengakses Internet dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).
  
Ini adalah satu peluang untuk usahawan, di mana usaha untuk viralkan apa jua teknik pemasaran dengan begitu mudah dan pantas. 

3. Sifat 'TRUST' Pengguna Facebook Kepada Rakan Mereka

Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita.

Mereka BUKAN membeli kerana produk dan perkhidmatan anda bagus TETAPI adalah kerana 'Trust' yang daripada pelanggan kepada diri anda.

Kuasa viral seperti ini LEBIH mudah meningkatkan kredibiliti anda dan ia terhasil dari rekomendasi rakan yang anda kenal sendiri. 
 
Interaksi dua hala yang sentiasa membicarakan perkara yang positif bakal menjadi buah mulut yang baik, maka impak viralism positif bakal terbentuk.


Sekian dahulu perkongsian saya untuk post kali ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda kelak.

Jumpa lagi pada post yang lain. Insyaa Allah.


=========================
PERCUMA...Belajar Ilmu Buat Website dan Teknik Pemasaran Internet
=========================

Sila layari klik pautan web di sini ---->  http://rieclick.com/kursus-percuma-biz-internet


P/S  Jika post blog ini bermanfaat kepada anda, sudilah kiranya kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih. :)





Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz