R.E Biz

Cara Padam Logo Youtube dan Autoplay Video Dalam Masa Sama

Kali ini saya ingin berkongsi untuk pengunjung blog ini tentang bagaimana cara nak hilangkan logo YouTube dan dalam masa yang menjadikan video PLAY secara AUTO.

Saya pernah post dengan cara nak hilangkan logo Youtube pada post yang lepas. Jika nak rujuk balik apa yang saya kongsikan sila klik sini.


Cara Otai jadikan video nampak pro di Squeeze Page mereka

Cuba lihat video ini dan tekan PLAY !


Saya tak masukkan kod AutoPlay jadi anda perlu tekan butang PLAY secara manual pada video di atas.

Cuba lihat bezanya dengan video biasa kita masukkan embended kod diblogger.



Anda nampak tak perbezaannya ?

================
Cara-cara yang anda boleh ikut
================

Anda harus ingat untuk setiap embended kod tambahan di YouTube, ia perlu bermula selepas tanda "?" dan setiap tambahan arahan anda perlu letakkan kod "&" di situ.

Anda faham maksud saya ?

Sebagai contoh embended kod asal untuk video di atas adalah seperti di bawah.

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube-nocookie.com/embed/Oj6n5R08q1o?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Kod arahan  yang boleh anda tambah hendaklah selepas simbol " ? "...

Contohnya :

http://www.youtube-nocookie.com/embed/Oj6n5R08q1o?[tambah kod pilihan anda]


Pilihan kod tambahan

1) Auto play Video - Setiap kali website anda Refresh video akan play secara Automatik.

Ini kodnya ---> autoplay=1


2) Hilangkan YouTube Control - Kod ini adalah berfungsi apabila video sedang dimainkan, butang PLAY secara automik tidak akan ditunjukkan sehingga anda tekan pada skrin video.

Ini kodnya ---> controls=0


3) Hilangkan Youtube Title Bar - Kod ini berfungsi sebagai menghilangkan Tajuk Video di Youtube,

Ini kodnya ---> showinfo=0


4) Hilangkan Video Youtube yang berkaitan - Kod ini berfungsi untuk tidak menunjukkan video berkaitan setelah video habis dimainkan. Kebiasaannya ada pelbagai video berkaitan akan ditunjukkan, Betul tak ? Tambah kod di bawah untuk tujuan ini.

Ini kodnya ---> rel=0


5) Hilangkan YouTube Logo - Bagi menghilangkan Logo Youtube berikut adalah kod yang sesuai untuk digunakan.

Ini kodnya ---> modestbranding=0


Sekian perkongsian saya kepada anda. Terima kasih kerana menyokong saya selama ini. Semoga bermanfaat kepada anda kelak.


====================================
PERCUMA...Belajar Bina Web & Teknik Pemasaran Online
====================================

Jika anda telah kerugian besar sebab membayar kepada pereka laman web, sedangkan perkara simple untuk kemaskini website pun anda tak tahu dan anda perlu membayar lagi kepada mereka.

Buat apa membayar jika ada cara percuma untuk belajar.

Sila layari pautan ini untuk maklumat lanjut ---> http://rieclick.com/kursus-percuma-biz-internet





Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz