R.E Biz

4 Langkah Viral Marketing Yang MeleTOP



Kuasa viral marketing TIDAK dapat dinafikan keberkesanannya. Ia berlaku TANPA kita sedari. Pelanggan dan bakal pelanggan suka, minat, jatuh cinta dengan produk dan perkhidmatan kita dan mereka mula berkongsi.

Ketahui 4 langkah bagaimana viral marketing boleh menjadikan perniagaan anda berkembang dengan pantas. Inilah langkah-langkah yang dipraktikkan oleh usahawan online yang berjaya dan ingin saya dikongsikan.

Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. 'Freebies'

Pemberian sesuatu secara percuma TANPA apa-apa bayaran merupakan satu cara yang SANGAT POWERFUL dari banyak-banyak teknik pemasaran yang ada.

Ia sangat BERKESAN !

Sebagai contohnya pemberian Ebook secara percuma dengan cara daftar Nama dan Email untuk newsletter. Cara ini memang AWESOME.

Selain anda berkongsi info dalam Ebook tersebut anda perlu selitkan maklumat laman web tentang produk atau perkhidmatan yang anda sedang promosi. Ia benar-benar memberi potensi statistik yang tinggi untuk jumlah trafik dan juga jualan anda. Saya lihat ramai Usahawan Internet yang berpengalaman menggunakan teknik ini.

Anda perlu menggalakkan mereka yang telah mendapatkan Ebook PERCUMA anda untuk berkongsi kepada rakan-rakan mereka, ia bakal meningkatkan lagi jumlah trafik secara mendadak.

Secara praktikalnya teknik 'freebies' boleh menjadi lebih meleTop JIKA Ebook yang anda hasil kelak memberi nilai yang cukup tinggi kepada mereka. Elakkan memberi sesuatu produk 'sampah' kepada mereka kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada imej anda.

Salah seorang Copywriter jutawan perkataan seperti Aqif Azizan acapkali saya lihat memberi Ebook dan Nota yang berkualiti tinggi secara percuma kepada follower nya di Facebook.

Saya lihat bagaimana beliau membangunkan empayar perniagaan beliau hanya melalui penulisan ayat-ayat emas dengan cara memberi banyak info melalui ebook beliau. Beliau berpesan kepada pelanggannya termasuklah diri saya sendiri, buat permulaan beri sahaja maklumat secara percuma agar bakal pelanggan faham dan dapat praktikkan ilmu yang dikongsikan kemudian barulah kita mula menjual.

Salah satu produk ebook berbayar beliau dan membantu banyak usahawan online adalah tentang "3 Formula Marketing - Bagaimana Labur RM 15.90 dan Dapatkan Strategi Marketing Yang Membantu 19,200 Cawangan Bisnes Di Seluruh Dunia." Nampak macam HYPE tetapi beliau berkata melalui pengalaman dan bukti. Jika anda nak review produk beliau ini sila klik http://rieclick.com/3formula


2. Penulisan Artikel

Langkah kedua untuk pemasaran viral adalah melalui penulisan artikel. Kongsikan apa jua tip kepada pembaca artikel anda. Pastikan ia memberi manfaat terbaik kepada pembaca.

Konsep yang sama juga di implimentasikan seperti 'Freebies' di atas iaitu anda kongsikan sesuatu yang premium secara PERCUMA. Anda kongsikan dengan ikhlas yang lahir dari ilmu yang kita telah hadam ataupun dari pengalaman anda sendiri. Ia cukup berharga.

Penulisan artikel boleh dicoretkan di blog, forum, social media seperti ini dan sebagainya. Tulislah sesuatu yang mereka memang ingin tahu dan tercari-cari selama ini dan merasa apa yang anda kongsikan SANGAT istimewa buat mereka.

Jika pembaca artikel kita suka kepada apa yang kita kongsikan, minta mereka kongsikan kepada rakan-rakan mereka yang lain. Disitulah wujudnya viral yang mewujudkan VIRUS yang  MUDAH merebak di mana sahaja.

Salah satu artikel yang membuka minda saya dan mula kenal apakah maksud sebenar perniagaan internet adalah hasil penulisan dari salah seorang pioneer usahawan internet tempatan yang bernama saudara Shuth. Anda boleh baca artikel beliau di sini http://www.wangcyber.com/pelaburan-internet-perniagaan-internet.htm


3. Affiliate Program

Salah satu cara untuk praktikkan ilmu pemasaran melalui Viral Marketing adalah melalui Affiliate Program. Kebiasaannya WebMaster gemar menggunakan teknik viralkan produk dan perkhidmatan mereka dengan cara menyediakan program affiliate.

Teknik ini memerlukan perkongsian keuntungan setiap hasil jualan kepada agen affiliate yang dilantik. Setiap jualan yang berjaya dihasilkan perlu dibayar mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.

Contoh program affiliate tempatan yang popular seperti Ashadee.com dan Klikjer.com merupakan portal affiliate yang besar bagi rakyat Malaysia. Tugas ajen affiliate adalah menviralkan / memasarkan produk atau perkhidmatan di Internet.

Agen affiliate akan berkongsi maklumat tentang produk dan perkhidmatan di blog, forum, sosial media dan sebagainya untuk mendapatkan jualan. Maka dengan mudah proses viral berlaku di mana sahaja.

Anda faham apa yang saya terangkan. Saya harap anda faham. Sila baca untuk tip seterusnya...


4. Word of Mouth

Langkah terakhir yang saya ingin kongsikan untuk viral marketing adalah melalui Word of Mount. Kebanyakan perniagaan berkembang dengan cara rekomendasi dari pengguna dengan cara word of mount. Ia sangat EFEKTIF.

Kuasa rekomendasi melalui word of mount lebih meyakinkan kepada prospek yang lain.

Sebagai contoh anda sukakan perkhidmatan syarikat ABC menyediakan papan iklan billboard. Ia cepat siap dan rekaan pilihan yang disediakan sangat kreatif. Anda bercerita dengan penuh rasa teruja kepada rakan-rakan anda.

Perkongsian anda tadi mungkin anda tidak sedar, TETAPI sebenarnya dalam diam-diam anda telah menviralkan jenama syarikat ABC kepada rakan-rakan anda. Betul tak ?

Bagi usahawan yang ingin berjaya, kuasa word of mount perlu dimulakan dengan menguatkan prinsip " Pelanggan Adalah Raja ". Anda berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sehingga mereka 'jatuh cinta' dengan apa yang anda tawarkan. Kemudian anda akan dapat lihat bagaimana kuasa viral melalui Word of Mount akan berlaku.

Sekian dulu 4 langkah viral marketing yang boleh meleTop jika dilakukan dengan teknik yang betul.

Akhir kata dari saya, teknik pemasaran viral akan berlaku secara spontan TANPA disedari JIKA ia suatu perkara yang terbaik kita lakukan untuk pelanggan atau prospek kita. Namun pemasaran viral juga boleh menjatuhkan perniagaan kita jika kita melakukan perkara yang sebaliknya.

Terima kasih.


=================================
Terbaru ! Software Menjadikan VIRAL Marketing lebih
EFEKTIF di Facebook. MUDAH guna...semudah ABC
=================================

Khas kepada usahawan Facebook TEGAR !

[ http://rieclick.com/fbviralism ]

Sila KLIK llink di atas untuk explore apakah kehebatan yang ada pada software yang saya maksudkan.



Daripada;
Azeri bin Abdul Wahab
www.pendapatanpasif.net

P/S : Sila LIKE dan SHARE post ini jika anda merasakan ia bermanfaat kepada rakan-rakan Facebook anda yang lain. Terima kasih. :)

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz