R.E Biz

Cara Elak Scam Program Guna Formula S.C.A.M


Tidak dinafikan program scam semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhirnya. Sejak bermulanya era internet ia telah mula memperdaya ramai pelayar internet sebagai mangsa mereka.

Apakah program scam ?

Paling mudah difahami adalah penipuan dari segi pelaburan kewangan yang menjanjikan keuntungan setinggi gunung kepada mangsa mereka.

Ia menjanjikan keuntungan melampau ataupun hyip (high yield investment program) kepada mangsa. Kebanyakan yang menjadi mangsa program scam adalah dikalangan wanita berbanding lelaki  di internet.

Baiklah...

Saya ingin nasihatkan diri saya dan para pengguna internet diluar sana agar berhati-hati terhadap apa jua program yang diragui kesahihannya.

Saya ingin berkongsi tip bagaimana untuk mengelak dari menjadi mangsa scam. Berikut adalah tip nya...


==========
Guna formula S.C.A.M
==========

Formula ini saya kongsikan daripada tips yang diberikan oleh pakar perniagaan internet di Malaysia iaitu Irfan Khairi.

Saya rasa patut saya kongsikan di sini agar diri kita terhindar daripada menjadi mangsa seterusnya.

1. S - Mewakili SEARCH

Kebanyakan pengguna internet pasti tahu apakah dia Google kan. Banyak informasi kita boleh cari menggunakan platform enjin carian dari Google. Gunakan kelebihan yang ada untuk membuat research seperti review program, nama syarikat, nama pemilik program atau sistem yang digunakan.

Dengan sedikit usaha untuk 'search' di Google, ia mampu membuatkan diri anda ditipu oleh 'buaya' yang sedia untuk menelan duit anda. Cara ini bakal menyelamatkan anda tetapi sayangnya masih ramai yang tidak manfaatkannya.

2. C - Mewakili CONTACT

Kebanyakan penyedia program scam tidak menyediakan maklumat untuk dihubungi seperti alamat, nombor telefon dan apa jua cara hubungi lain. Pastikan anda cari maklumat 'contact' lengkap syarikat dan perniagaan mereka.

Setelah anda memperolehi 'contact' mereka, apa kata anda cuba menghubungi mereka secara 'offline' untuk mendapat detail mereka. Tanyakan maklumat lengkap sehingga anda benar-benar yakin dengan tawaran yang mereka sediakan. Oleh itu, anda perlu berusaha sedikit supaya tidak terjerat dengan program scam mereka.

3. A - Mewakili ASK

Rajin bertanya dengan orang ramai. Orang yang patut anda rujuk adalah daripada mereka yang pakar dalam perniagaan internet. Ramai otai-otai IM yang telah berjaya mempunyai pengalaman mereka sendiri dan rujuklah mereka sebelum anda membuat keputusan untuk sertai program mereka.

Tanya orang lain juga supaya lebih banyak maklumat boleh diperolehi sebagai rujukan sebelum melabur wang sendiri. Tak rugi kita banyak bertanya sebab dalam Islam sendiri menggalakkan umatnya supaya banyak bertanya untuk mendapat ilmu.

4. M - Mewakili MAKE SURE

Pastikan anda melakukan semua perkara di atas ! Ulangi kembali langkah di atas sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Tak rugi anda lakukannya berulang-ulang untuk mengelak diri anda dari tertipu.

Buat pengetahuan anda sebelum saya menceburi bidang jana pendapatan internet ini lagi saya dah tanamkan rasa ragu-ragu terhadap apa jua program online. Saya harap anda pun sama memiliki perasaan "rasa tak sedap hati" sebelum anda melabur wang anda.

Usah terikut sangat nafsu untuk memperolehi untung besar sehingga menjerat diri sendiri. Jangan mudah sangat kita tertumpas dengan janji-janji manis 'scam'.


==================
Peluang TERHAD belajar secara PERCUMA perniagaan internet dari ZERO
=================

Tawaran yang julong kali diwar-warkan kepada anda yang masih zero tentang perniagaan internet. Anda boleh mempelajari teknik-teknik melakukan perniagaan internet dengan cara yang betul dan yang penting anda tak perlu membayar satu sen pun untuk mempelajarinya.

Mengapa mulakan sesuatu yang berbayar sebelum anda benar-benar faham konsep perniagaan internet itu sendiri.

Sila klik pautan website ini untuk maklumat lanjut ---> http://rieclick.com/kursus-percuma-biz-internet


Daripada;
Azeri b Abdul Wahab
www.pendapatanpasif.net


Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz