R.E Biz

Kursus Online Buat Website PERCUMA ... Berbaloi kah ?

Menjana pendapatan online .... apa yang akan bermain difikiran anda sekarang ?

Adakah pelaburan skim internet ataupun pelaburan cepat kaya ?
Adakah anda berfikiran bahawa penjanaan pendapatan online adalah satu penipuan. Banyak HYPE program yang menjanjikan emas menggunung tinggi, walhal hampeh...!! ?

Saya akui bahawa kewujudan program penjanaan duit di internet banyak yang menipu TETAPI saya juga tidak menolak sebenarnya terdapat banyak juga program yang menawarkan pendapatan pasif dan lumayan.

Apa jua program yang anda lakukan pastikan anda selidiki dulu profile pemilik, usahawan dan syarikat yang menawarkan program jana wang online. Bukannya apa...dah ramai yang kecewa dengan skim, program yang iklankan ayat-ayat bunga dan power hanya semata-mata untuk menarik orang melabur wang dan berniat untuk lari dari buat program baru.

Anda boleh merujuk Bank Negara Malaysia untuk semua aktiviti yang menawarkan skim cepat kaya. Sila baca tip yang telah dikongsikan oleh bank negara di sini !


====================================
Kursus Online Buat Website Secara PERCUMA
====================================

Berbaloikah ?

Itulah persoalannya.

Permulaan saya melibatkan diri dalam menjana pendapatan online adalah dari pakej perniagaan internet yang disediakan oleh jutawan internet Malaysia iaitu Irfan Khairi dari laman web beliau di RahsiaInternet.com.

Pakej yang saya beli berharga RM200 mengubah persepsi saya tentang perniagaan internet dan mula belajar bagaimana teknik sebenar menjana pendapatan di internet.

Saya mula mendalami ilmu asas membuat website dan belajar teknik pemasaran internet yang berkesan. Permulaan dari kebanyakan usahawan internet yang menjalankan perniagaan produk fizikal ataupun produk digital bermula dari sesuatu yang percuma.



Tak sia-sia usaha saya belajar dari salah satu website yang cukup power perkongsian ilmunya dan ia mengajar secara percuma iaitu di laman web automlmanda. Insyaa Allah.

Kebanyakan ilmu yang perlu anda bayar mahal diluar saya disediakan secara percuma sahaja.

Bagi pendapat saya kursus online buat website secara percuma perlu diikuti bagi mereka yang baru menceburi bidang perniagaan internet. Ia membantu mengurangkan risiko anda ditipu oleh mereka yang tamak untuk mendapatkan wang anda.

Sekurang-kurangnya anda dapat menjimatkan kos untuk mengupah pereka laman web diluar sana yang mengenakan bayaran yang tinggi.

Hasil penjimatan itu nanti anda boleh laburkan untuk aktiviti promosi anda kelak.


=======================================
Jom Belajar Ilmu Buat Website & Teknik Pemasaran
=======================================

Jika anda ingin belajar ilmu buat website dan dalam masa yang sama anda dapat belajar teknik pemasaran internet melalui kaedah percuma, anda boleh klik di sini !

Mulakan penerokaan anda tentang ilmu perniagaan internet pada kadar kos yang minima sahaja.

Sila daftar secara percuma dan anda terus di bawa ke laman tutorial yang telah disediakan.


Oklah...sampai di sini dulu perkongsian saya. Jika anda berpendapatan ilmu percuma kalau dipraktikkan dengan cara yang betul mempunyai nila yang tinggi seperti mana saya fikirkan dulu, maka ambillah peluang ini untuk anda terus belajar.

Jumpa lagi di lain post. Sekian.

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz