R.E Biz

Perisian Online Mencari Keyword Yang Effektif Untuk Penulisan Artikel


Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah blog info tentang pemasaran internet ini. 

Setiap penulisan online memerlukan kekuatan dari segi berapa banyak keyword yang kita gunakan. Tidak kiralah penulisan melalui blog, forum, artikel direktori dan sebagainya ia tetap bersandarkan kekerapan pelayar internet menaip keyword yang mereka ingin cari di enjin carian.

Ramai IM yang berpengalaman berkogsi agar meletakkan kata kunci setiap lebih kuran 100 perkataan artikel anda kerana enjin carian seperti Google sukakan artikel yang panjang dan bermanfaat kepada setiap penggunanya. Ini merupakan tip yang bermakna untuk anda praktikkan kelak.

Pencarian keyword boleh dibahagi kepada 2 bahagian :

1) Long Tail Keyword
2) Short Tail Keyword

Contoh long tail keyword seperti " Bagaimana Cara Mudah Nak Kuruskan Badan ". Google akan memberi cadangan apakah keyword yang berkaitan mnegikut turutan. Untuk contoh long tail keyword ini Google memaparkan keyword " Cara Mudah Nak Kuruskan Badan ".

Kemudian untuk contoh short tail keyword pula adalah seperti " Ubat Kurus ". Pelayar internet biasanya terus menaip kata nama di enjin carian. Mereka mungkin terus menaip nama produk, nama syarikat, masalah dan apa jua berkaitan dengan kata nama.

Gunakan kretiviti anda untuk menilai keyword apakah yang mudah dan sering digunakan untuk mencari sesuatu informasi sebelum anda menulis artikel. Bagi mereka yang inginkan perisian menulis artikel secara percuma pula, anda boleh rujuk post saya yang lepas di sini !

Perisian Percuma Secara Online Untuk Pencarian Keyword

Pencarian kata kunci boleh dianalisa secara manual tetapi ia akan melambatkan kerja anda untuk mula menulis artikel. Ada sedikit pengiraan perlu dilakukan.

Saya ingin mencadangkan kepada anda untuk menggunakan perisian ini secara online dan ia adalah percuma. Sila layari www.freekeywords.wordtracker.com dan mula lakukan pencarian keyword.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya semoga ia bermanfaat kepada anda. Jumpa lagi di lain post.

Sekian. Terima kasih.




Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz