R.E Biz

Belajar Membina Website Satu Keperluan

Salam hormat kepada pengunjung blog ini. Lama jugak tak mengemaskini blog yang hampir bersepah ini. Setiap perkongsian dalam blog ini adalah sekadar berkongsi maklumat kepada anda dan matlamat admin ingin menjadikan blog ini sebagai rujukan admin khasnya dan kepada pengunjung amnya.

Sebagai usahawan online seharusnya ia memiliki ilmu asas untuk membina laman web. Tak perlu ketahui secara mendalam cukup sekadar tahu secara asas untuk cara membina website. Tetapi jika anda dapat tahu secara mendalam ia merupakan satu bonus kepada anda.

Mengapa penting anda mempelajari cara membina laman web untuk perniagaan internet anda ? 

Tidak kiralah apa yang anda nak jual di internet jika anda tahu cara membina website terutamanya minisite ataupun surat jualan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan anda. Asas ini perlu juga dikuasai demi melicinkan dan yang penting menjimatkan kos mengendalikan laman web anda.

Banyak cara percuma ada ditawarkan di internet dan kali ini saya ingin mencadangkan anda untuk belajar teknik membina laman web dari pakar di peringkat antarabangsa. Ia masih dibuka secara percuma dan tak salah jika anda 'grab peluang ini untuk memperbaiki serta mempelajari teknik dari asas cara membina website.

Sila layari laman sesawang ini ---> https://dash.generalassemb.ly/ 

Bahasa pengantara yang digunakan adalah dalam bahasa omputeh simple jadi mungkin mudah untuk anda ikut apa teknik yang diajarkan kelak. Gunakan kesempatan ini untuk menuntut ilmu dari pakar di peringkat antarabangsa ini.

Semoga membantu yer.

P/S : Jika anda ingin belajar cara membina website cara percuma versi melayu sila klik di sini ! ( website ini sedang dalam pembikinan tetapi secara asasnya ia telah pun disiapkan)


Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz