R.E Biz

Mahasiswa Kini Tiada Alasan Untuk Bayar Balik Hutang PTPTN

Kebanyakan lepasan mahasiswa yang meminjam duit PTPTN gagal membayar balik hutang mereka. Walaupun telah banyak kempen dan peringatan diberikan kepada mereka untuk membayar balik wang pinjaman tersebut, namun masih ramai lagi yang gagal melangsaikannya. Kenapa ia terjadi ?
Kredit gambar : www.debtsettlement-ca.com

5 Faktor Kegagalan Mahasiswa Melangsaikan Hutang PTPTN
  1. Kenaikan gaji ataupun pendapatan tidak setara dengan kenaikan harga barang.
  2. Pengurusan hutang yang kurang berkesan ( hutang rumah, kereta, kredit kad dan lain-lain )
  3. Kadar pengangguran meningkat. Tiada kerja yang tetap menyebabkan sukar untuk melangsaikan hutang.
  4. Kurang kesedaran membayar balik hutang.
  5. Sistem ataupun mekanisma kutip semula hutang kekal tidak bertambah effisien. 

Peratusan mereka yang telah membayar balik hutang PTPTN adalah kurang 50% dari jumlah pinjaman yang diberi. Cuba kita congak berapakah baki hutang setakat April 2012 di mana PTPTN telah mengeluarkan jumlah pinjaman sebanyak RM25.3 billion bagi tempoh 1997 hingga 30 April 2012. Ini bermakna baki hutang PTPTN adalah sebanyak kurang lebih 12.6 billion masih belum dibayar. Cuba baca petikan berita online di sini


Idea Mahasiswa Untuk Melangsaikan Hutang PTPTN

Ramai mahasiswa terpaksa membuat pinjaman untuk beberapa tahun pembelajaran bertujuan menggenggam segulung ijazah buat kebanggan keluarga. Kehidupan kebanyakan keluarga yang kurang berkemampuan untuk menanggung sepenuhnya kos pembelajaran anak menyebabkan tiada pilihan lain kecuali membuat pinjaman. Ada juga ibu bapa melakukan pengorbanan sehingga sanggup menggadai segala aset yang ada demi kejayaan anak-anak.

Mengapa kita memilih aliran biasa dalam kehidupan ?

Kekadang saya terfikir adakah manusia ini hanya perlu lalui kehidupan normal dan ikut sahaja apa yang dilakukan oleh kebanyakan manusia. Kita bayar hutang pelajaran setelah tamat pembelajaran. Lepas tamat belajar kemudian cari kerja yang berjawatan besar dan berharap untuk dapat melangsaikan hutang pembelajaran.

Realitinya setelah berada di lapangan kehidupan, ia menjadi lain dan tujuan yang pada asalnya untuk melangsaikan hutang tadi telah terbantut. Ada pula hutang baru kerana ingin memenuhi kehendak kehidupan seperti rumah, kereta, kad kredit dan harga barang yang melambung tinggi menjadi penghalang untuk melangsaikan hutang PTPTN.

Mahasiswa Affiliate Sebagai Satu Pilihan

Bagi merealisasikan matlamat untuk melangsaikan hutang sebelum tamat pembelajaran adalah tidak mustahil untuk dilakukan. Saya teringat seorang mahasiswa tempatan yang bernama Ammar Zahar yang menjalankan perniagaan internet sambil mengikuti kursus pensiswazahan di UPM. Beliau dilahirkan bukan dari kalangan keluarga yang berada tetapi disebabkan minat beliau dan azam untuk tidak membebankan keluarga menyebabkan beliau menceburi bidang perniagaan internet.


Kehidupan beliau kini boleh dikatakan berjaya dengan cemerlang dan sekarang dalam rangka kerja untuk menunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada orang lain untuk berjaya sebagaimana beliau lakukan.

Mengapa affiliate adalah langkah mula untuk mahasiswa melakukan perubahan ?

1) Pendaftaran adalah percuma.
2) Margin keuntungan cukup tinggi dalam lingkungan 50% ¬ 80% bagi setiap jualan.
3) Potensi untuk memperolehi pendapatan secara konsisten setiap bulan.
4) Tanpa perlu memiliki produk. (Anda jual produk orang lain)
5) Tanpa perlu memikirkan cara penghantaran, pembungkusan dan sebagainya.
6) Tidak perlu sewa kedai ataupun pejabat. Di asrama ataupun rumah pun dah boleh lakukan.

Sebelum ni saya lakukan pemasaran affiliate gaya saya tetapi setelah belajar dari mentor tentang teknik sebenar memperolehi pendapatan affiliate secara konsisten alhamdulillah ia berhasil. Insya Allah ia akan berlaku kepada anda terutamanya para mahasiswa dan pelajar yang ingin menghasilkan pendapatan sampingan secara part time melalui internet.

Siapa sangka mungkin dari pendapatan affiliate kelak menjadikan diri anda independent tanpa mengharap bantuan dari sesiapa pun dan berjaya melangsaikan hutang PTPTN anda.

Jadi sebagai permulaan anda untuk mengenali program pemasaran affiliate seterusnya menjana pendapatan secara online di internet maka saya sarankan anda dapatkan produk Mahasiswa Affiliate.

Sila layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut !

---> www.rebizinfo.com/mahasiswa-affiliate


P.S : Insya Allah... untuk post seterusnya saya akan lakukan preview tentang produk tersebut kelak.



  

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz