R.E Biz

PERCUMA...Bina Grafik Website Anda Dengan Perisian Ini Secara Online..

Grafik yang menarik untuk laman web minisite, surat jualan dan optin page amat penting untuk menarik minat bakal pelanggan untuk melakukan pembelian. Ia menjadi faktor penyumbang kepada kredibiti anda dalam meyakinkan mereka.

Jika anda tahu menggunakan perisian manual untuk grafik seperti sebagai contoh Photoshop dan kira bagus tetapi jika anda mampu melakukan grafik yang lebih menarik lagi mengikut standard terkini, dah pasti ia satu kredit kepada anda.

Sekarang saya ingin kongsikan kepada anda salah satu laman web yang menyediakan perisian secara online secara percuma untuk mencipta grafik menarik untuk minisite, surat jualan ataupun landing page anda. Sila lihat di Graphic Creator Suite.

Sebagai newbie saya amat menggalakkan anda untuk mencuba perisian yang disediakan oleh pemasar internet antarabangsa yang bernama Mark Hess.

Saya tak pasti mengapa beliau membuka peluang menggunakan perisian ini secara percuma, yang pasti ia adalah teknik pemasaran beliau sendiri bagi memperkenalkan laman web beliau dengan lebih luas. Perkongsian saya ini pun tiada apa yang saya perolehi.

Akhir sekali, semoga anda dapat sedikit sebanyak kelebihan demi memudahkan kerja anda untuk membina laman web anda kelak.

Sekian dan selamat mencuba !



Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz