R.E Biz

Belajar HTML & CSS Secara PERCUMA Selama 30 Hari



Pembinaan web yang baik perlu dipelajari dari segi rekaan grafik untuk website. Pengetahuan walau sedikit ilmu tentang grafik telah cukup membantu anda membina website dengan jayanya.  Tetapi jika ilmu HTML & CSS tidak dikuasai juga boleh menjadikan pembinaan website itu tidak seimbang.

Saya ingin berkongsi kepada anda salah satu laman web yang memberi tutorial secara percuma untuk belajar HTML & CSS.

Ia akan mengajar anda langkah demi langkah bagaimana membina website menggunakan bahasa program HTML & CSS. Jika anda mempunyai sedikit asas tentang cde program ini ia lebih memudahkan.

Bagi mereka yang lansung tidak pernah didedahkan dengan ilmu teknikal membina website juga lagilah amat digalakkan sebab ia akan mengajar anda dari asas pengenalan sehingga ke pada membina website.

Anda akan diajar oleh seorang internet marketer antarabangsa yang bernama Jeffrey Wag ( gambar di atas ) yang juga merupakan veteran dalam teknik pembinaan web. Beliau bermegah hati dapat berkongsi kepada anda ilmu ini.

Jika anda benar-benar ingin belajar ilmu tentang membina website, maka saya sarankan kepada anda untuk terus melayari www.learncss.tutsplus.com

 Selamat mencuba !

Sekian. Terima kasih.

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz