R.E Biz

Pemasaran Percuma Dengan Forum



Kebanyakan newbie yang memulakan bidang perniagaan internet sebagai pendapatan tambahan pasti memikirkan cara percuma terlebih dahulu dalam pemasaran online. Saya dahulu pun memulakan perniagaan internet dengan memilih cara dan teknik percuma sahaja . Mengapa perlu pilih cara percuma ?

Forum adalah satu komuniti online yang digunakan sebagai tempat berbincang apa jua masalah mengikut topik yang dibuka. Kebanyakan forum online disediakan secara percuma kepada ahli-ahli dan jika anda terjumpa secara berbayar saya tidak menggalakkan anda untuk cuba kecuali terdapat situasi menang sama menang ataupun alah membeli menang memakai.

Saya juga menggunakan teknik pemasaran forum untuk meningkatkan trafik pengunjung. Sememangnya ia boleh membantu untuk meningkatkan trafik. Sosial komuniti online seperti forum ini lebih targetted dalam mencari pelanggan walaupun setiap ahli-ahli forumer tidak pernah bersua muka.

Nilai kepercayaan terhadap ahli di forum adalah tinggi dengan syarat anda TIDAK melakukan spamming ketika membuka sesuatu thread. Ia adalah pantang ketika berforum. Anda kemungkinan akan di banned dan dalam masa yang sama menjatuhkan kredibiliti anda sebagai usahawan internet.

Antara cara melakukan teknik menarik trafik adalah melalui Siggy ataupun dipanggil sebagai Signature. Ia kebiasaannya disediakan oleh kebanyakan forum-forum mengikut terma dan syarat yang telah ditentukan. Contoh yang saya boleh tunjukkan adalah seperti gambar di bawah. Siggy yang saya lakukan di salah sebuah forum tentang perniagaan internet terkenal di Malaysia iaitu WC ataupun Wang Cyber.


Cara lain yang boleh menarik trafik melalui forum adalah berkongsi cara, teknik, panduan, tips dan seumpamanya kepada ahli-ahli forum. Ia boleh meningkatkan kredibiliti anda serta menarik kepercayaan dan kuasa membeli kepada produk yang anda tawarkan. Jangan ambil kisah tentang keuntungan terlebih dahulu melainkan anda telah kongsikan ilmu yang bermanfaat kepada mereka. Insyaallah... rezeki akan datang kemudian jika kita ikhlas berkongsi ilmu dan pendapat.

Sekian dulu perkongsian saya untuk post kali ni. Saya harap dengan dua tips yang saya kongsikan untuk melakukan pemasaran melalui forum bakal membuka minda anda untuk mendapat idea bagi mencapai tujuan menarik trafik ke laman web anda ataupun laman web affiliate anda.

Sekian. Terima kasih.



Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz