R.E Biz

30 Tips Menarik Trafik Ke Website Secara Video

Masih dalam mood untuk mencari idea bagaimana meningkatkan trafik ke laman web secara percuma. Saya yakin anda juga pasti sedang mencari-cari idea bagaimana memperolehi pendapatan online dengan cara meningkatkan trafik pengunjung ke laman web. Ramai pakar berpendapat Trafik adalah Wang. Benar atau tidak mungkin kita sama-sama boleh bincangkan kelak.

Sebenarnya banyak cara untuk tingkatkan trafik pengunjung tak kiralah ke laman web, blog, ecommerce dan sebagainya. Kesemua itu memerlukan sedikit usaha yang berterusan dan perlu memahami beberapa teknik khusus yang diguna pakai oleh ramai pakar. Objektifnya tetap sama pada semua pemasar internet iaitu meningkatkan trafik.


Kali ini saya ingin berkongsi khas kepada anda tentang 30 idea bagaimana meningkatkan trafik yang diterangkan secara percuma kepada anda. Saya tak boleh memuatkan semua dalam post ini tetapi insyaallah saya ada perancangan untuk berkongsi kepada anda secara lengkap apabila kesemua tip itu memberi impak positif kepada laman web saya ini.

Sebenarnya kebanyakan idea yang dikongsikan saya telah praktikkan dan alhamdulillah jika dilakukan dengan cara yang betul anda tak perlu mengeluarkan modal sebenarnya. Ia bergantung kepada kefahaman dan kesungguhan anda untuk meningkatkan trafik.

Bagi merealisasikan objektif utama saya untuk memberi kefahaman kepada newbie tentang trafik maka saya telah sediakan satu laman tutorial video khas untuk mereka yang daftar di laman web saya. Insyaallah...jika anda faham ideanya pasti ada ruang untuk anda kaji dan praktikkan terus dalam usaha meningkatkan trafik website anda.



Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz