R.E Biz

Autorespoder Percuma Seperti Kualiti Berbayar. Patutkah ?

Salam hormat;

Memilih autoresponder yang baik serta sempurna memerlukan modal yang agak tinggi. Mungkin ia tidak membebankan  bagi anda yang telah memiliki autoresponder berbayar seperti GetResponse dan Aweber. Tidak dinafikan ramai Internet Marketer yang berjaya di peringkat tempatan dan luar negara mengesyorkan kedua-dua syarikat penyedia autoresponder itu.

Saya cuma ingin syorkan kepada newbie yang baru berkecimpung dalam dunia pemasaran online dan mencari pendapatan tambahan di internet. Mencari sesuatu yang percuma buat newbie adalah langkah permulaan dan saya juga bermula dengan cara begitu.

Kali ni saya ingin mencadangkan kepada anda menggunakan Autorespoder ListWire sebagai satu permulaan untuk mempelajari apakah fungsi autoresponder ni. Secara asasnya ia boleh dikaitkan sebagai peralatan untuk pemasaran email. Seperti anda sedia maklum pemasaran email adalah yang terbaik untuk teknik pemasaran internet.



Bagi pendapat saya yang menggunakan cara berbayar dan percuma, ListWire tidak kurang hebatnya sepertimana kualiti berbayar. Saya pun kurang faham mengapa pemilik ni beri secara percuma perkhidmatan ini walaupun tiada apa-apa faedah pun yang beliau dapat.

Anda usah khuatir untuk klik pautan yang saya beri tu sebab saya tak dapat apa-apa komisyen pun. Niat saya cuma untuk berkongsi serta membantu newbie menjalankan permulaan perniagaan internet dengan satu pembelajaran yang percuma.

Sampai jumpa lagi. Insyaallah. Sekian. Terima kasih.



TIDAK Yakin Dengan Autoresponder PERCUMA. Bayar Sekali
Seumur Hidup & Enjoy ! SILA LIHAT DI SINI

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz