R.E Biz

Cadangan Plugin URL Cloaker Untuk Pengguna Wordpress

Salam hormat kepada pengunjung blog ini. Kali ni saya ingin mencadangkan satu plugin wordpress yang saya rasa agak baik untuk digunakan dalam program pemasaran affiliate. Sekiranya url yang panjang dapat dipendekkan, maka peluang mendapat klik agak cerah.

Saya baru jer jumpa dan bagi saya ia agak sempurna sebab url affiliate yang panjang seperti http://shuth.jomniaga.com/go/12/aawim kepada http://websiteanda.com/panduan-jual-beli-saham. Ia nampak lebih berkeyakinan dari bakal pelanggan untuk melayari url affiliate anda.

Antara kelebihan yang lain pula, kita boleh monitor kuantiti trafik yang mengunjungi link url secara total ataupun 24 jam terakhir. Di bawah ni saya bagi snapshot plugin wordpress yang saya cadangkan.


Untuk install plugin sila ke kotak search plugin wordpress anda dan cuba taip WP Wizard Cloak dan tekan butang Install untuk terus menetapkan link affiliate anda yang panjang menjadi lebih pendek.

Selamat mencuba !


Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz