R.E Biz

Program Eruwan Gerry-Alternatif Menjana Pendapatan



Adakah anda tercari-cari program affiliate apakah yang menyediakan banyak produk yang berasaskan e-bay, lelongan, import & eksport dan seumpama dengannya. Saya cadangkan anda cuba menggali apakah produk-produk yang anda boleh jual di internet melalui program Eruwan Gerry. Jika anda faham apakah itu program pemasaran affiliate tentu anda faham mengapa ia menjadi titik permulaan bagi seseorang otai IM yang belum menghasilkan produk ataupun perkhidmatan sendiri.

Pemilik ataupun admin program ini dah tentulah Eruwan Gerry namanya ye dak. Beliau adalah seorang pakar dalam menjual di laman lelongan online seperti Lelong.com dan eBay.com. Di Malaysia ia terkenal dengan gelaran "Raja Lelong". Banyak buku fizikal hasil tulisan beliau dijual di kedai-kedai buku popular tempatan seperti POPULAR, MPH dan sebagainya. 

Saya sendiri telah membeli buku beliau antaranya yang bertajuk Rahsia Raja Lelong dan Rahsia Jutawan Lelong. Bagi saya buku-buku tersebut memang banyak membantu, khas kepada mereka yang benar-benar ingin menjana pendapatan melalui konsep lelongan. Setiap panduan yang diterangkan memang cukup lengkap seperti tiada apa lagi yang nak disembunyikan. Tiada rahsia lagi jika anda telah memiliki buku beliau kelak.

Jika anda berpendapat beliau mempunyai kredibiliti tersendiri maka saya berpandangan anda setuju bahawa produk-produk digital beliau di portal affiliate beliau sendiri ini juga memang powerrr. Komisyen yang beliau sediakan memang tinggi. Antara produk beliau di portal tu adalah seperti...

1) Video Panduan Lelong - Lihat di sini
2) Video Panduan eBay - Lihat di sini
3) Pakej Import Dari China - Lihat di sini
4) dan lain-lain...

Jika anda ingin menjadi ejen affiliate beliau maka saya sarankan anda mendaftar secara percuma di sini.

Pakej yang disediakan kepada anda sebagai ejen beliau kelak saya berpendapat dah cukup berbaloi. Jangan katakan komisyen yang disediakan cukup tinggi malah diberikan pula hadiah percuma bernilai RM398 kepada anda. Hampir RM400 jugak tu. Saya terfikir kenapa bermurah hati benar Eruwan Gerry ni.

Eruwan Gerry Affiliates

Antara faedah yang bakal anda perolehi adalah seperti Koleksi Panduan Kejayaan Eruwan Gerry Affiliate bernilai RM197, Ebook temuramah bersama Ammar Zahar-Affiliate Muda Malaysia bernilai RM37, Kursus E-Mail 6 bahagian Panduan Kejayaan Affiliate bernilai RM67 dan juga newsletter bulanan panduan kejayaan affiliate bernilai RM97. Berbaloikan!

Mungkin portal affiliate Eruwan Gerry ini bakal menjadi satu sumber pendapatan sampingan anda kelak. Selamat mencuba dan semoga berjaya !


Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz