R.E Biz

6 Tips Memastikan Artikel Anda Dibaca


Menulis artikel secara adalah salah satu cara pemasaran online yang berkesan dan artikel yang ditulis hendaklah tidak terlalu menekan dan tidak membosankan. Artikel merupakan informasi yang dikongsikan untuk rujukan kepada mereka yang dahagakan maklumat.

Artikel adalah sesuatu yang patut dibaca untuk menyebarkan maklumat. Tetapi jika artikel tidak dibaca maka ia satu pembaziran usaha yang telah dilakukan. Berikut saya senaraikan 6 tips bagi memastikan artikel anda di baca. Jika ada tambahan sila komen yer.


1) Pendekkan perenggan ayat
Apabila perenggan terlalu panjang, perkataan yang dibaca juga terlalu panjang dan menyebabkan ia bercampur aduk dalam fikiran pembaca. Ia boleh mengelirukan pembaca kerana terpaksa berusaha keras untuk membaca. Ini juga akan menyebabkan pembaca tidak menghiraukan perenggan dibaca dan beralih kepada perenggan yang baru dan mengandaikan bahawa perenggan yang panjang itu tadi telahpun dibaca. Praktikkan supaya perenggan ditulis dari satu ayat dan kadang kala ditulis dari satu perkataan.

2) Menggunakan nombor atau bullet
Menggunakan nombor atau bullet juga membantu dari segi pembacaan. Ini akan memudahkan pembaca memahami tentang idea, kaedah ataupun tips yang ditekankan. Jangan biarkan idea, kaedah atau tip anda ditulis dengan cara yang berleretan seumpama segi empat sama yang berleretan tanpa nombor dan bullet. Anda dapat bayangkan sekiranya artikel yang dikongsikan ini seperti itu ?

3) Gunakan sub-tajuk untuk pembahagian perenggan dalam halaman
Lakukan kaedah ini dengan cara memecahkan setiap titik kepada bahagian-bahagian tetapi masih dimasukkan ke dalam artikel secara keseluruhannya. Ini juga akan memudahkan pembaca bergerak dari satu titik ke titik yang lain seterusnya peralihan pembacaan akan menjadi lancar dan mudah. Pembaca tidak akan kehilangan perhatian terutama maklumat penting yang ingin dikongsikan.

4) Berikan tajuk yang menarik perhatian
Jika tajuk anda boleh menarik perhatian rasa ingin tahu seseorang maka anda telah berada separuh jalan untuk menarik bakal pembaca membaca artikel anda. Gunakan tajuk berbentuk pernyataan dan persoalan dengan cara menggunakan kata kunci yang orang cari. Berikan tajuk yang menggambarkan artikel anda tetapi ia haruslah pendek dan ringkas.

Gunakanlah tajuk sebagai contohnya " 3 Kunci Kejayaan & Kekayaan " atau " 5 Perkara Penting Dalam Mencipta Website " dan seumpamanya. Ada beberapa kaedah menulis tajuk dan salah satu caranya adalah dengan menulis nombor dihadapannya. Saya akan kongsikan kaedah yang lain di post yang lain kelak.

5) Buatkan pembaca berminat sejak dari awal pembacaan lagi
Dari pembukaan perenggan hendaklah bercerita mengenai situasi kehidupan sebenar yang boleh diterima pakai oleh pembaca. Penerangan yang baik serta bantuan gambar-gambar akan memudahkan pembaca lebih faham apa yang ditulis dalam artikel anda. Jadikan pengalaman membaca mereka adalah sesuatu menyenangkan serta menyeronokkan.

6) Menggunakan angka untuk kenyataan fakta
Dengan menggunakan fakta-fakta dan angka-angka tertentu boleh meningkatkan artikel anda dan menjadikan anda lebih berwibawa. Penulisannya janganlah terlalu formal dan biarlah ia mudah untuk pembaca memahaminya. Andaikan diri anda sebagai seorang guru yang berbual ramah dengan seorang pelajar yang bersemangat ingin mengetahui sesuatu perkara. Anda dapat bayangkan tak ?

Sekian dulu tips pemasaran online melalui penulisan artikel melalui tajuk "6 Tips Memastikan Artikel Anda Di baca" kali ini. Selamat mencuba.


Anda Tak Tahu Bagaimana Buat Artikel Inggeris ? Ada Software Yang Boleh Membantu Anda. KLIK DI SINI !

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz