R.E Biz

10 Tip Mengoptimumkan Penggunaan Twitter

Sebelum saya terangkan lebih lanjut, saya menjemput anda menjadi follower akaun Twitter saya. Kemudian saya akan menjadi follower anda. Jika sudi menjadi follower saya sila KLIK SINI. Terima kasih.

Mungkin ramai yang kurang sedar bahawa Twitter menduduki tempat ke 8 ranking website paling popular mengikut statistik Alexa.com. Secara purata masa pengguna melayari laman web Twitter adalah selama 7 minit dan dianggarkan 50 saat setiap pageview.

Apakah itu Twitter ?
Twitter adalah laman web social network dan microblogging yang menggunakan perkhidmatan melalui kaedah pesanan ringkas, SMS ataupun web interface.

Baiklah...

Saya akan kongsikan 10 tip mengoptimumkan penggunakaan Twitter :

1) Digalakkan Menggunakan Nama Anda Yang Sebenar
Kelebihan menggunakan nama sebenar anda bertujuan supaya mudah mereka mencari anda di Twitter dan mewujudkan kepercayaan kepada anda. Ia juga salah satu langkah asas untuk meningkatkan kredibiliti anda juga.

2) Letakkan Gambar Profile Anda
Sepatutnya anda meletakkan gambar wajah anda sendiri dan bukannya gambar katun, cover buku, logo dan seumpama dengannya.

3) Pautan Ke Website Anda
Diharap anda mempunyai blog dan website anda sendiri dan mula membuat pautan dengan Twitter. Jika TIADA, sila lakukan sekarang.

4) Tulis Sedikit Bio Anda
Buatkan seseorang yang membaca profile anda akan ingat kepada anda. Tulislah sesuatu yang berkaitan mengenai latar belakang anda dan apa yang anda lakukan di internet.

5) Kerap Melakukan Tweet
Inilah yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pemilik akaun Twitter. Tidak kisahlah anda ada 1 atau 2 follower sekalipun, anda cuma perlu kerap melakukan tweet setiap hari untuk memberi kesan yang maksimum. Jika anda tiada apa yang hendak di tuliskan, anda RT sesuatu yang lawak ataupun sesuatu perkongsian informasi yang memberi manfaat kepada orang lain.

Cara yang lain pula adalah anda hubungkan blog anda dengan akaun Twitter anda, supaya setiap post yang lakukan di blog akan terus dikemaskini di Twitter anda secara automasi.

6) Tweet Tentang Perkara Berkaitan Anda
Jangan terlalu kerap tweet setiap aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan harian anda sebagai contohnya " Hari ini saya makan budu dengan tempoyak " ataupun " Saya sepatutnya makan sate hari ni ". Tweet seperti ini kurang menarik dan menyebabkan orang lain bosan. Walaubagaimanapun saya cadangkan jika anda ingin Tweet seperti ini sebagai contoh di mana pada masa itu sedang makan di restoran dan berjumpa Aaron Aziz. Mungkin anda boleh Tweet seperti ini " Saya baru lepas makan budu dengan tempoyak di Restoran XXX dan duduk membelakangkan Aaron Aziz yang bersama keluarganya.Sekarang sambung buat kerja IM saya"

7) Pautan Dan TANPA Pautan
Satu langkah yang agak baik jika setiap tweet anda mempunyai pautan TETAPI jika anda kerap meletakkan pautan pada setiap tweet anda mereka akan berfikiran anda sedang menjual sesuatu. Kemungkinan besar tweet anda tidak diambil kisah oleh pengguna tweeter yang lain.

8) Wujudkan Personaliti Anda Sendiri
Ia mudah sahaja. Jadilah diri anda sendiri. Anda tidak perlu menjadi orang lain. Twitter adalah berkenaan perhubungan dengan manusia, jadilah diri anda sendiri.

9) Follow Mereka Yang Benar-Benar Berkelayakan
Sebahagian pengguna mengutamakan kuantiti. Tetapi saya cadangkan anda carilah yang berkualiti.Jadilah follower kepada mereka yang mempunyai kredibiliti dan memberi manfaat kepada anda dan follower anda.

10) Berkomunikasi Dengan Pengguna Twitter
Twitter adalah laman sosial dan ia adalah tentang komunikasi. Jika seseorang bercakap dengan anda ataupun RT mesej anda, balas balik mesej mereka seberapa pantas yang boleh.


Setup akaun Twitter secara percuma DI SINI sekarang !

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz