R.E Biz

Program Jom Niaga.com-Alternatif Menjana Pendapatan



Satu cabang pendapatan online yang ingin saya cadangkan bagi pengunjung blog ini adalah melalui program affiliate yang telah dibangunkan oleh IM tempatan bernama En Gobala Krishnan. Kejayaan yang beliau lakarkan bukan sahaja di peringkat tempatan malah di persada antarabangsa. Ia cukup memberangsangkan. Ramai dikalangan orang puteh menjadi pelanggan bagi produk dan perkhidmatan yang beliau tawarkan.

Kali ini kita rasa berbangga kerana usaha beliau menyediakan peluang bagi rakyat Malaysia khasnya untuk menjana pendapatan melalui program pemasaran affiliate. Portal pemasaran affiliate bagi mereka yang mempunyai produk yang juga digelar sebagai Vendor bagi memasarkan produk mereka dan juga Affiliater iaitu ejen affiliate yang dilantik untuk menjual produk-produk yang ada di portal tersebut. Portal yang saya maksudkan adalah JomNiaga.com

Jika anda pernah mengenali dengan nama portal affiliate antarabangsa yang dikenali sebagai Clickbank mungkin tiada masalah untuk anda faham tentang apa yang disediakan di JomNiaga.com ini. Ada pelbagai niche untuk anda mempromosi produk dan ia mengikut minat dan kepakaran anda. Antara niche yang ada di JomNiaga.com adalah seperti...

  • Beauty & Health
  • Love & Relationships
  • Children & Family
  • Cooking & Food
  • Education & Employment
  • Language & Learning
  • Music & Arts
  • Computers & Internet
  • Business & Finance
  • Internet Marketing
  • Religion & Spirituality
  • Sports & Travel

Buat pengetahuan anda pendaftaran untuk dilantik sebagai ejen affiliate adalah percuma. Jadi di sini tiada masalah modal untuk anda memulakan cara menjana pendapatan di internet. Mulakan langkah pertama anda dengan mendaftar di portal JomNiaga.com sekarang !

Semoga anda berjaya menjana pendapatan lumayan kelak.

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

© R.E Biz